Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Ahad, jika di Kelantan sudah bermula hari bekerja. Penuh teruja dan ceria. Insya-Allah. Untulk kalian yang berhujung minggu, selamat menikmati masa rehat bersama keluarga.
Alhamdulillah, setelah cabaran-cabaran kecil datang, hanya beberapa langkah lagi untuk sampai 'reward' kepada diri sendiri. Masih di sekitar suku tahun. Masih banyak kerja dan perkara perlu dilunaskan.
Semalam pulang menjenguk ayahanda, alhamdulillah semakin sihat dan ceria. Berborak dan berkongsi apa sahaja cerita sambil ditemani Arissa. Jika ayahanda gembira maka saya juga turut rasa bahagia. Segala toksin luaran yang menganggu ibarat seperti nyamuk petang yang mengigit. Hilang dan buang jauh-jauh apa sahaja perasaan negatif, sakit hati, kecewa. Itu saya, cepat tersentuh dan cepat melupakan. Tetapi kadangkala ada juga kedegilan, yang siapa-siapa pun tidak pernah akan faham. ;D. Itu sisi diri kita yang tidak sempurna, kita rasa kita sudah ok, tetapi di mata siapa-siapa kita tidak tahu kita masih tidak sempurna. Apa pun tetap muhasabah diri, pentingya kembali ke trek dan melihat semula apa yang sudah dan selesai dikerjakan dan apa perkara yang perlu dilunaskan. Berusaha untuk menjadi terbaik, tidak usah gusar apabila ada yang kurang senang. Itu juga adalah lumrah. Asalkan kita tahu prinsip diri dan masih bersyukur dan berada pada trek, teruskan sahaja perjalanan.
Apa pun semoga sempurna dan sentiasa berusaha menjaga kebajikan orang tua dan juga mertua. Apabila mereka ceria saya juga menumpang rasa berlapang dada. Banyak perkara yang sedang berlaku dalam peningkatan karier saya sebagai penulis. Tahun ini adalah tahun penting untuk saya menyelesaikan gerak kerja yang sudah dirancang 2008, 2009, 2010.
Tahun 2011 sangat penting.
Masayu Ahmad!
Jangan buang masa, jangan ambil mudah,
Jangan leka-leka, jangan juga memikirkan perkara yang remeh temeh,
Buang jauh-jauh segala toksin.
Teruskan, fokus,
Menulis, menulis, menulis.
Berjuang seumpama mendaki sebuah bukit demi bukit,
Mengembara sebuah gunung demi gunung,
Selesaikan pengembaraan
Dan pendakian satu demi satu.
Teruskan, teruskan.
Jangan buang masa.
Selesaikan, selesaikan
Jangan tangguh lagi.
Mari bermula
Dan terus mendaki.
17 April 2011
No comments:
Post a Comment