Teks: Masayu Ahmad
Manuskrip yang saya pernah saya nyatakan tertunggak sudah pun beberapa minggu kepada penerbit, menyambung terus beberapa lagi manuskrip. Masa turun dan naik, mencari dan mencuri. Sekejap berlari ke sana sekejap berlari ke sini. Macam lari ke serata ceruk dan 'multitasking' banyak tugas serentak. Ibaratnya cuba lakukan yang terbaik, tetapi tetap juga ada yang tertinggal. Itulah fitrah manusia yang tidak akan sempurna sampai bila-bila. Namun tetap berusaha menyumbang segala kudrat yang terbaik.
Alhamdulillah Arissa semakin mengebu-gebu. Cuma abang-abang pula secara berjemaah demam, bermula Hakim, bersambung Aiman dan terkini Arif. Insya-Allah jika tiada aral, esok rasanya Arif semakin ok. Hari ini sudah bangun, makan dan minum. Apabila anak-anak sakit, ia adalah rutin. Rutin seorang ibu terima apa sahaja yang berlaku sementara anak-anak dalam proses membesar. Tidak bersedih, tetapi sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak. Apabila anak-anak sudah sihat, maka tugas ibu kembali lancar seperti sediakala.
Ok, sebetulnya saya mahu berkongsi beberapa info tentang 101 idea bisnes dan juga tentang pejabat di rumah (SOHO). Banyak info mahu dikongsi di sini, tetapi bagi masa saya bernafas seketika sebelum meneruskan entri berkaitan. Seminggu ini memang cukup lelah dengan banyak perkara, rasanya bukan saya begini, ramai yang lebih sibuk daripada saya. Sewajarnya mahu melihat kembali 'to do list' yang terbengkalai.
Nanti saya kongsikan.
1. 101 idea bisnes.
2. Home office small office
Dua topik ini adalah kesinambungan entri-entri yang lepas. Mari kita melangkah terus, meneroka informasi dan terus gagah melangsaikan setiap tugas.
1 comment:
memang sekarang ini terdapat banyak cara untuk menjana wang dari rumah.
Anda semua dijemput untuk ke blog saya di http://blogsicilik.blogspot.com/ atau laman web saya di http://bisnessicilik.yolasite.com atau ke kedai online saya di http://guvironshoppingcenter.yolasite.com
Post a Comment