Teks: Masayu Ahmd
Pic: Google
Kerja menimbun masa suntuk
Dalam satu minggu atau mungkin juga satu bulan yang penuh jadual kerja atau bisnes. Anda melihat senarai satu persatu dan tidak boleh menoleh ke kiri dan ke kanan. Selagi ia tidak dikerjakan memang sesak nafas dibuatnya. Perlu bertenang, dan mulai diselesaikan satu persatu. Pernahkah kalian mengalami ‘timbunan kerja’ dan perlu diselesaikan tepat masa.
Mari sama-sama baca perkongsian di bawah:
1. Lupakan sebentar untuk menyemak email dan berlamaan
Ia sememangnya satu tabiat atau rutin awal kita akan membuka email dan ingin melihat senarai yang perlu dibaca, dibalas dan diselesaikan. Cuba set masa dan lakukannya dengan pantas dengan kadar 30 minit untuk menyelesaikan email penting sahaja. Email yang tidak penting, tinggalkan sahaja sehingga anda ada luang masa untuk mengerjakannya.
2. Sasarkan senarai kerja yang realistic.
Kadangkala kita menyenaraikan begitu banyak tugas yang perlu diselesaikan setiap hari. Sekarang pilih tugas yang paling penting dan paling segera yang perlu dikerjakan. Cuba buat agihan masa untuk selesaikannya dalam satu hari tersebut. Mula fokus untuk selesaikannya. Katakanlah sudah 80 peratus menyiapkan tugas A, tetapi hanya ada lima minit sahaja lagi untuk selesaikannya. Tinggalkan ia, terus beralih kepada tugasan B dan mula fokus pada B.
Kemudian jika ada saki-baki masa berdasarkan tempoh masa yang sudah dijadualkan kembali menyemak keseluruhan tugas A, B, C, D. Begitulah seterusnya. Ini adalah cara yang sama ketika kita menjawab soalan peperiksaan, sekiranya kita ragu-ragu menyelesaikan satu-satu jawapan, teruskan menjawab soalan lain. Jangan buang masa.
No comments:
Post a Comment