Thursday, April 21, 2011

Dapatkan Jana RM Dari Rumah di Pesta Buku Antarabangsa 2011

Sumber: Face book Sri Diah Shaharuddin

Cuba lihat dengan jelas, buku saya berada pada barisan bawah, untuk buku umum, kepada sesiapa yang belum memilikinya, boleh dapatkannya di Grup Buku Karangkraf yang berkampung di Dewan Tun Dr. Ismail. Pelbagai hadiah menarik dan harga hebat menanti kalian.


Teks: Sri Diah Shaharuddin

21 April 2011 - Hari ini ialah hari untuk menyusun barang-barang, membawa masuk semua buku dan majalah. Menghias dewan. Saya baru sahaja balik dari Karangkraf Mall, di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC lokasi di mana Grup Buku Karangkraf dan Grup Majalah Karangkraf akan berkampung selama 10 hari sempena PBAKL 2011.

Saya kagum dengan kekuatan tenaga mereka dari bahagian stor, bahagian pengangkutan dan bahagian pentadbiran yang mempunyai banyak stamina untuk loading buku-buku dan majalah masuk ke dalam dewan. Saya katakan mereka ini bagaikan ada `tulang besi dan urat dawai'.

Mereka memproses lebih ribuan judul-judul buku dan majalah. Itu belum termasuk untuk langganan dan tawaran serta cabutan bertuah.

Dalam dewan ini terdapat lebih 150 rak bertingkat untuk buku dan majalah serta lebih 30 rak meja untuk buku kanak-kanak.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin