Thursday, April 7, 2011

Untuk sampai ke X, perlu selesaikan Y

Teks: Masayu Ahmad

Hidup ibarat teka silang kata, adakala jalan lurus, bengkang bengkok, semak samun, ada kala lancar membelah laluan lebuhraya. Pantas dan tuntas. Untuk sampai ke misi X, nampaknya saya perlu selesaikan Y berdasarkan situasi sekarang. Jalan utama sudah mengalami kesesakan trafik, perlu melencong melalui jalan kampung, mungkin ada sesuatu untuk saya sebelum sampai ke destinasi X.

Dihambat masa

Sekarang ini, menepis-nepis apa sahaja perkara yang melengahkan masa. Masa ibarat emas, berdetik tiap saat sangat berharga. Manuskrip demi manuskrip perlu disolek sebegitu sempurna agar hasilnya nanti ada manfaat.

Lebih kurang 3 minggu juga tidak menjengah ke sini. Kini sudah  suku pertama 2011. Alhamdulillah setakat ini masih dalam trek, walaupun tugasan berstatus 'segera' seakan tidak pernah surut. Jika bersuara, segera capai aku, selesaikan aku. Saya hanya menumpukan 'to do list' yang berstatus 'segera'. sememangnya banyak tugasan menarik segenap kudrat dan masa. Ya Allah memang cepat sungguh masa bergerak pun ya, sekejap pagi, sekejap tengahari, sekejap malam. Aduh, pantas sungguh masa berlalu. Lalu saya kembali tenangkan diri, sabar, sabar, sabar selesaikan satu persatu, tulis satu persatu, capai satu persatu, kadangkala 'multitasking' dengan kelajuan maksima seupaya yang boleh dicapai.

Masih masih cuba dan terus berusaha apa sahaja tugasan yang sudah disenarai, mungkin ada yang lambat, ada yang cepat selesai. Sabar, sabar 24 jam perlu diurus dengan cemerlang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin