Thursday, April 7, 2011

Teman ke mana jua

Ulasan positif sebegini membuatkan satu suntikan motivasi mencanak-canak untuk saya menulis dan menghasilkan buku terbaik buat pembaca budiman. Nantikan kelak kemuculan buku baru, sekarang ini juga saya sedang membuat penyelidikan beberapa manuskrip serentak. Terima kasih buat nelcyndana-pemilik web jualan ini
Nanti saya kongsi apa produk yang dijual oleh beliau. Kalian boleh singgah dahulu ke sana.


Teman ke mana jua...





Harga : RM15
 Terbitan : Oasis Books Sdn. Bhd. (Grup Buku Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd)
Bilangan mukasurat : 236



Buku ini ditulis oleh Puan Masayu Ahmad berdasarkan kajian dan pengalaman beliau sendiri sebagai penulis sepenuh masa yang bekerja dari rumah. Buku ini beliau bahagikan kepada beberapa bahagian penting bagi mengupas secara terperinci setiap isu penting berkaitan bekerja dari rumah. Berikut adalah antara isu-isu penting yang dibincangkan oleh beliau :-



Mengapa mahu bekerja dari rumah dan apa kelebihannya

Persediaan yang perlu dari aspek kewangan, fizikal dan mental

Pilihan kerjaya dan bisnes dari rumah

Persediaan bekerja dari rumah

Pengurusan masa dan cabaran bekerja dari rumah

Motivasi untuk bisnes dan sukses

Rancangan dan pengurusan bisnes di rumah, pelan pemasaran dan pengurusan kewangan

Lebih menarik lagi, penulis juga memberi beberapa contoh situasi dan pengalaman sebenar beberapa tokoh wanita yang berjaya bekerja dari rumah. Antaranya ialah pengasas forum wanitamelayu.com . Sumber inspirasi positif.

Secara peribadi nelcy menjadikan buku ini sebagai panduan penting dalam usaha membentuk kerjaya dari rumah. Terutama sekali dari aspek pengurusan dan pembahagian masa untuk keluarga dan kerjaya. Cabaran bekerja dari rumah ternyata sama sekali berbeza dari bekerja sepenuh masa di luar. Oleh itu ia memerlukan manual tatacara kerja yang berbeza dan khusus untuknya.


Pendapat nelcy, Buku ini wajib dibaca bagi mereka yang merancang dan bercita-cita untuk menjadi seorang WAHM yang berjaya dan dengan harganya yang berpatutan, ia suatu pelaburan bijak.


* Puan Masayu Ahmad merupakan seorang penulis bebas sepenuh masa. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kewartawanan dan penulisan serta pernah berkerja di Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

1 comment:

maya amir said...

camne i nak order?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin