Monday, April 25, 2011

Tip belajar untuk anak-anak

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

Alhamdulillah masih dalam gerak kerja 2011. Sungguh masa begitu pantas bergerak. Saya membuat sasaran dua kali ganda daripada perlu dicapai untuk tahun ini. Maksudnya saya mensasarkan 10, jika lima selesai maksudnya saya masih lagi dalam trek. Tetapi jika 10 mampu diselesaikan, itu adalah bonus.


Ok, saya mahu kongsikan beberapa cara belajar untuk ibu yang sibuk seperti saya. Bekerja dan pada masa yang sama masih memantau keperluan pembelajaran anak-anak. Aplikasi dan kemudahan internet, gunakan sepenuhnya. Daripada kita membuang masa bersembang di face book, adalah lebih baik beri sahaja kemudahan itu untuk anak-anak belajar.

http://www.starfall.com/ adalah salah satu contoh. Masih banyak web pembelajaran yang menarik untuk anak-anak kecil. Mengenal huruf dan nombor seawal yang boleh. Membaca seawal yang boleh.

Tetapi kadangkala perkembangan anak-anak juga berbeza di antara satu sama lain. Apa yang penting kita sebagai ibu memberi ransangan dan dorongan. Mari kita lihat beberapa saranan berikut. Ini adalah pandangan saya, masih banyak kaedah yang boleh dipratikkan oleh ibu-ibu hebat yang lain.


1. Jika ada bilik atau ruang yang sesuai di rumah jadikan ia sebagai satu tempat yang sesuai untuk anak-anak belajar dan bermain. Gabungkan keseronokan belajar dan bermain untuk meransang minda mereka.

2. Banyakkan permainan yang membantu mempercepatkan perkembangan pembelajaran mereka. Contohnya membeli mainan seperti patung adalah kurang sesuai, tetapi membeli buku-buku bergambar dan berwarna adalah lebih bagus. Membeli patung dan aksesorinya pada pandangan saya anda sudah melatih anak dari awal agar gemarkan akan perkara yang berkait dengan kecantikan semata, juga pengaruh fesyen yang akan tumbuh sehingga membesar. Memang ya, kanak-kanak terutamanya anak perempuan gemar akan permainan seperti itu.

3. Membaca bersama mereka. Bawa anak-anak ke perpustakaan awam. Biasakan mereka dengan suasana begitu. Biar mereka sendiri memilih buku yang bagaimana yang mereka mahukan.

4. Jangan putus asa apabila anak tidak boleh membaca sebagaimana rakan sebaya. Sebetulnya saya sendiri, cukup runsing apabila Hakim masih belum membaca ketika usia lima tahun. Hakim bersekolah pada usia 4 tahun, dan ketika usia lima tahun saya berhentikan dan hanya belajar di rumah sahaja secara tidak formal bersama Arif dan Aiman.

5. Dia sudah ada asas tetapi pembacaan masih kurang lancar. Saya teruskan seperti biasa. Maksudnya Hakim sudah ada asas tetapi tiada pengukuhan. Serahkan pada pakar ;D. Selepas 4 bulan Hakim bersekolah, dia bermula pertengahan Januari, Alhamdulillah dia mendahului pelajar di kelasnya. Apabila cikgu mengatakan Hakim paling laju, saya kembali lega. Pembacaannya semakin lancar. Apa yang ingin saya sampaikan, saya juga sebagaimana ibu lain yang mahukan terbaik buat anak-anak. Tetapi jangan menekan diri dan menekan anak. Lakukan ransangan dan pelbagaikan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan di rumah. Insya-Allah ada hasilnya.

6. Begitu juga dengan latihan solat dan juga bacaan dan hafazan surah-surah lazim. Teruskan seperti biasa. Kadangkala Hakim ini sangat menduga saya. Tetapi kadang-kadang sambil bermain pun akan keluar dari mulutnya ayat-ayat hafazan untuk solat. Saya tidak boleh mudah lega. Melentur buluh perlu dari rebungnya, bukan apabila sudah menjadi buluh.

 Itulah cabaran ibu bapa. Bukan sekadar akademik semata, agama juga perlu diambil perhatian. Seronoknya, di sini juga ada kelas khas solat di masjid, tetapi untuk kanak-kanak usia 7 tahun dan ke atas. Insya-Allah Hakim boleh menghadirinya untuk pengukuhan. Juga saya ada terbaca satu buku, sebaik-baiknya melatih anak lengkap solat sebelum usia 6 tahun dan 7 tahun sudah boleh melatih qiamulail. Nanti saya cari semula buku tersebut. Pada masa yang sama melatih saya sebagai ibu, untuk terus belajar untuk diri sendiri dan juga buat anak-anak yang sudah menjadi amanah.

Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di sini- http://www.http//nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Dapatkan juga ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita di sini - http://www.janawangdirumah.com/

Layari Panduan Kesihatan & Kecantikan; http://www.masayuahmad.blogspot.com/

Sertai saya di facebook - http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin