Wednesday, July 28, 2010

Secawan teh pengubat letih

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Khamis bersamaan 29 Julai jam 8.33 pagi. Tidur awal dan bangun awal, itu jadual saya sekarang. Pagi-pagi begini sangat teruja menyiapkan tugasan. Anak-anak belum bangun, jadi saya boleh fokus sebentar dengan tugas-tugas. Alhamdulillah dengan rezeki hari ini nasi lemak bersama teh hijau.

Saay menghirup teh panas, rasa sungguh segar dan memberi tenaga baru untuk hari ini. Moganya saya kekal fokus menyiapkan tugas. Orang dalam perut juga sudah dirasakan tendangan kecil dan denyutan. Awal pagi sangat aktif. Alhamdulilah.

Apa menu kalian ya, saya sekarang nak kata suka makan, memang suka. Jika malam kadangkala ada juga rasa malas mahu makan. Kadang-kadang masak, kadang-kadang tidak. Sungguh, tidak berapa rajin memasak sejak akhir-akhir ini. Tetapi kadang-kadang sebab kasihan kan anak-anak saya memasak juga.

Perancangan

Antara perancangan awal ialah menyediakan serba sedikit kelengkapan mahu bersalin nanti. Belum lah buat, tetapi perkara pertama sediakan bajet dahulu, mahu bersalin di mana, kelengkapan dan bagaimana mengurus kanak-kanak riang ketika berpantang.

Disebabkan Hakim dan Arif akan ke tadika, jadi mahu cari tempat yang sesuai untuk meletakkan ketiga-tiganya sekali. Ada dua tempat yang sudah saya lihat, tetapi dalam perkiraan memilih tempat yang sesuai. Nanti hanyalah kesibukan pada waktu pagi sahaja, melayan dan menyiapkan tiga beradik ini. Mungkin hanya berada di tadika sehingga jam 3 petang sahaja. Hakim dan Arif sudah boleh mandi dan pakai baju sendiri, tinggal lagi Aiman suka bermain ciku-ciku cak.

Mungkin juga saya mengambil pembantu yang hanya datang pagi dan petang sahaja, selepas mengurus kanak-kanak riang bolehlah balik. Waktu kritikal hanyalah pada dua minggu pertama pantang sahaja. Insya-Allah saya sudah bersedia. Kali ini sepenuhnya saya berpantang sendiri di sini. Sudah anak ke empat, kali ini berdikari ;D, harapnya semuanya lancar.

Bilik di bawah juga saya sudah alihkan perabot, agar sesuai nanti untuk saya berpantang. Juga nanti saya akan beli buku-buku yang akan dibaca selama tempoh pantang. Mana boleh duduk diam dan baring sahaja, perlu ada aktiviti untuk minda ;D.

Saya sudah berbincang dengan seorang tukang urut indonesia, Tarmin namanya, mungkin menggunakan khidmatnya sebagai pembantu rumah untuk pagi dan petang. Tambah pula sebelum ini dia memang mengurut saya, jadi dua dalam satu boleh mengurut untuk bersalin sekali. Memang sedap dia mengurut, walau sakit tetapi selepas itu badan terasa ringan. Cumanya tidak ada orang yang bertungku, nampaknya kena buat sendiri. Atau pun sesudah pantang di sini, barulah pulang bertungku di kampung.

Saya sudah banyak kali menggunakan khidmat Tarmin, terutama dua kali semasa saya jatuh, kali pertama kaki kiri terseliuh, dia yang mengurut dan kali kedua jatuh juga kaki kanan terseliuh. Kali pertama selepas mengemop lantai, saya lupa lantai masih basah dan licin berjalan laju menuruni tangga, apa lagi macam buah nangka jatuhlah.

Kali ke dua, tidak perasan ada air yang melimpah keluar dari bilik mandi, hasil kreatif kanak-kanak riang. Saya yang membawa sebakul kain berjalan laju, maka jatuh terduduk. Kaki kanan pula. Ini menyebabkan kerisauan saya ialah posisi ke dua-dua lutut ini jika suda ke fasa tiga kehamilan. Apa pun, kaedah regangan dan mengambil kalisum yang mencukupi sangat penting. Moganya kekal bertenaga dan tulang temulang saya masih kuat untuk mengampu badan dan segala isi yang akan membesar. Insya-Allah.

Kali ini lebih berhati-hati, tetapi saya banyakkan bergerak turun naik tangga. Bilik kerja berada di tingkat atas juga adalah salah satu usaha agar saya banyak bergerak. Naik dan turun, nanti juga saya akan mulakan berjalan sekitar taman pagi atau petang, untuk memudahkan saya juga dalam fasa terakhir.

Harapnya kali ini juga tidak masalah dalam kehamilan dan kelahiran. Ini juga satu nikmat dan rezeki, mudah-mudahan rezeki ini masih berpihak pada saya.

Salam kasih sayang


 
Salam kasih sayang

2 comments:

MamaYatie said...

hi mas, salam perkenalan..kenal mas melalui wan anie (kwn skolah saya dulu). sblm ni silent reader ajer..suka korek2 info & panduan dr mas. hari ni nak munculkan diri la..hahaha..btw, saya doakan semoga smuanya berjalan lancar & selamat..saya pun pernah berpantang sendiri masa anak ke 3.yg penting persedian awal dr smua segi..

Masayu Ahmad said...

salam mama yatie

salam perkenalan kembali, terima kasih meninggalkan jejak,

itulha harapnya dapatlah saya mengurus diri sebaik-baiknya semasa pantang nanti, harapnya dipermudahkan ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin