Tuesday, July 20, 2010

Mendaki lagi

Foto:www.fotomedia.com.my/forum/
Teks: Masayu Ahmad
Bangun pagi ini, jalan tar di depan rumah masih basah. Curahan hujan semalam dan dinihari memberi impak segar waktu pagi. Bukan sahaja kabus tetapi suasana pagi yang damai. Alhamdulillah untuk nikmat kesihatan hari ini.

Saya cepat masa berlalu, tidak lama lagi ramadhan akan menjelma. Juga sudah melewati pertengahan tahun. Sungguh. Rasanya sangat pantas tidak dikejar oleh hambatan masa. Pun begitu, tugas perlu diselesai satu persatu. Saat ini juga saya memerlukan momentun dan cerapan motivasi yang tinggi. Tidak mudah dan tidak mahu mengalah. Moganya dengan kudrat yang ada ini, mampu menyelesaikan tugasan dengan baik. Saya ingin memetik kata-kata motivasi daripda buku nota jutawan, nota motivasi tulis Dr. Irfan Khairi.

Tangga kejayaan...tangga yang betul?

Salah satu soalam penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah:

" Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?"

Sering terjadi di kalangan kita, seday upaya berusaha memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar... tangga kejayaan yang kita panjat ialah tangga yang salah.

Di sinilah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi sebenarnya terperangkap dalam kejayaan tersebut sehingg terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu, tangga kejayaan yang mana satu perlu anda panjat?

Muka suart 7, Nota Jutawan Nota Motivasi

Salam kasih sayang


2 comments:

Wan Anie said...

selamat mendaki....

saya suka ayat tu "adakah kita mendaki tangga kejayaan yang betul?" Sentiasa berdoa minta Allah tunjukkan jalan yang betul, risau juga.. yerlah pada zahir nampak betul tapi tidak sebenarnya

Masayu Ahmad said...

wan anie

itulah kan usaha mendaki tidak akan selesai selagi belum berjumpa apa yang diinginkan di puncak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin