Saturday, July 17, 2010

Sedapnya kalau dapat pulut mangga


Teks: Masayu Ahmad

Semalam berjaya juga buat bubur kacang, makan pula bersam roti putih. Arif dan Aiman baru bangun tidur, berselera makan. Kalau dah mak buyung kan, asyik-asyik terfikir pasal makan aje. Kali ini rasa terliur pula mahu makan pulut mangga. Tetapi saya tak pernah buatlah. Biasa kalau nak makan pergi sahaja ke Kampung Baru. Di situ ada gerai yang jual pulut mangga yang sedap.

Tiga bulan pertama biasanya tawar sahaja lidah, memasuki bulan ke empat saya mula mahu makan macam-macam. Kebanyakan manis-manis. Tetapi insya-allah masih terkawal, ambil sekadar sahaja.

                                     
                                                                       Pic: Google

Siapa pernah makan lompat tikam? Ini salah satu makanan atau menu orang Kelantan. Saya suka makan pulut, santan dan gula melaka sahaja. Yang warna hijau tu ambil sedikit sahaja. Kalau makan seperti dalam gambar ini pun sedap juga. Mana nak cari? Lambat sungguh balik kampung.

Sekian dahulu ulasan makanan manis untuk hari ini ;P

4 comments:

Syahida said...

wahh, sungguh 'menggiurkan' gambar2 makanan tu...tapi saya tak pernah cuba manisan2 dari Kelantan ni... :-)

bertudunglebihmanis said...

wah mmg sungguh sedap pulut mangga.. 1st time sy try kat restoran basil.. mmg sgt sedap.. lompat tikam pun sedap! sy mmg suka bende manis2.. hehehe ini yg terasa nak mkn ni.. kena cari esok ni.. hahha

Ummi Hanie said...

first time rasanya tgk pulut mangga nih kak mas...mcm sedaap je nmpknye ye..? :)

kak mas , jemput ambik blog wards ye... :)

http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/07/lagi-lagi-award-interesting-blog-top.html

Masayu Ahmad said...

syahida

memang sedap, kena cubalah kalau tak rugi ;D

bertudunglebihmans

salam perkenalan, kalau kat kl boleh cari di Kg Baru memang banyak dijual di situ

Ummi Hanie

nampak sedap dan memang sedap, kena cuba tu

ok, nanti kak mas jenguk

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin