Saturday, July 10, 2010

Siapa yang layak jana pendapatan dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

Sesiapa pun boleh, tidak kira lelaki atau wanita. Mereka yang masih bekerja sepenuh masa, suri rumah atau wanita yang mahu bekerja dari rumah. Langkah seterus selepas mahu pilih sepenuh masa atau sambilan ialah memilih jenis bisnes yang sesuai. Mahu fokus 1, 2 atau 3 sekaligus. Terpulang kepada kepakaran, pengalaman dan pengurusan masa setiap individu.

Sudah tentu bisnes yang ideal bagi seseorang individu adalah tidak sama dengan individu yang lain. Si A suka jual abaya tetapi belum tentu si B mempunyai minat yang sama. Si C suka jual kuih tetapi belum tentu si D boleh mendapat idea jual kuih yang sama.

Ini memerlukan kajian, penyelidikan idea bisnes, kemahiran, latihan, ilmu bisnes, pengalaman dan apa sahaja yang boleh membantu A, B, C atau D memilih jenis bisnes yang sesuai dengan diri masing-masing.

Apabila saya dimajukan oleh beberapa orang yang mahu saya cadangkan bisnes apa yang sesuai dengan diri mereka, saya tidak boleh memberi gambaran idea bisnes yang tepat. Kerana apa, terdapat 101 idea bisnes konvensional atau online yang boleh kalian pilih.

Justeru, kalian boleh memberi dan baca, baca dan baca Jana Rm Dari Rumah. Di situ saya sudah sertakan kajian dan penyelidikan saya bagaimana boleh memilih jenis kerja atau bisnes yang sesuai dengan kalian. Jangan baca sekali bacalah berkali-kali. Dapatkan gambarn dengan menjelejah pelbagai maklumat bisnes, sertai seminar atau apa sahaja peluang yang boleh membantu kalian membuat keputusan. Insya-Allah.

Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/

No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin