Thursday, July 29, 2010

Alif atas aa

Teks: Masayu Ahmad

Hakim: Ibu, ibu tengok ni

Hakim: Jim di atas ja, alif atas aa, ba di atas ba, ta di atas ta. Menunjuk huruf-huruf ke arah saya dan mula mengeja.

 Hakim mengambil buku kecil yang tercatat huruf-huruf belajar mengaji dan separuhnya sudah terkoyak.

Ibu: Oh terima kasih Hakim. Nanti ibu belikan buku yang baru.

Ibu peluk Hakim rasa terharu sangat. Rupanya dalam buat-buat tak dengar, dia dengar sebenarnya. Sekarang ini saya biarkan sahaja video mengaji dan mengeja dari youtube untuk budak-budak ini. Pagi dan petang siang dan malam. Sebagai latihan permulaan, tiada siaran tv selama sebulan. Disebabkan diorang tidak suka diajar secara tradisional. Maksudnya suka di depan pc sahaja. Aiman sudah laju mengingati huruf-huruf. Alhamdulillah. Hakim kekal konsisten perlu dibaca berulang-ulang surah-surah lazim semasa tidur. Nampakya suda ada peningkatan. Biar sedikit tetapi konsisten. :D

Cara ini lebih berjaya berbanding menghafal mengikut turutan. Maksudnya sama seperti mengenal A, B, C, teruskan sahaja dari mana-mana huruf, iaitu huruf lain bukan secara turutan. Lebih mudah untuk mengenal bukan menghafal.

Kalau membaca, bukan sekadar baca tetapi baca dan faham. Dua perkara berbeza.

Kebanyakan masa juga saya tidak punya waktu untuk menumpu sepenuh perhatian, disebabkan berkejar masa dan situasi semasa yang banyak berehat.

Semalam siaran tv dibuka semula. Nampaknya mereka sudah tidak suka menonton lagi, menonton sekejap sudah lari untuk aktiviti lain. Saya akan tambah lagi aktiviti. Mulai tahun hadapan akan dihantar ke tempat yang lebih formal, insya-Allah. Saya lebih gemarkan pendidikan awal yang mengimbangi antara agama dan ilmu moden yang lain. Kanak-kanak yang cepat mencerap hafazan, insya-allah akan mudah mengikuti pembelajaran yang lain. Saya masih mencuba dan mempraktik beberapa pendekatan. Tidak mahu memaksan anak-anak, walaupun hati ini di seru-seru. Tetapi saya faham tidak boleh mendesak, pilih dan buat mengikut penyeseuaian semasa anak-anak. Pilihan di tangan kita dan setiap ibu punya pendapat sendiri. Insya-Allah.

http://www.masayuahmad.com/

4 comments:

Ely Hasrul said...

pandainye hakimm... nak nangis la bila dorg nih dpt paham sesuatu..

Masayu Ahmad said...

ely

alahai takkan la sampai menangis, tapi bila kita ajar apa-apa, anak2 dapat rasa mcm sayu n terharu pula ;P,

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

salam kak mas,kawan saya pun ckp mcm tu...anak2 dengar pun dorang dah boleh ingat.

saya join peraduan ulasan buku jana rm dr rumah,nnt kak mas jenguk ya.hehe

Masayu Ahmad said...

normi

ya, kanak-kanak suka mencerap di sekeliling sambil melihat dan mendengar, walau tidak fokus, tetapi sebab di ulang dan ulang, insya-allah melekat, ibarat span yang menyerap seberapa banyak air

terima kasih kerana membuat ulasan, semoga buku JRMDR bermanfaat buat Normi.

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin