Friday, July 30, 2010

Semoga Normi terus kental dan gigih berusaha untuk menjadi WAHM!



Sudah lama saya ingin menulis tentang buku ini, namun otak saya bagai tepu dengan idea. Banyak perkara yang mahu dilontar bagai tersekat di pintu minda! Sejujurnya saya hanya ingin menulis untuk Kak Mas....





SURAT BUAT KAK MAS,

"Awal kalamnya terima kasih Kak Mas kerana menulis buku sebaik ini. Ia motivasi saya, pembakar semangat dan kekuatan saya untuk tetap teguh dengan hasrat menjadi WAHM!

Ke mana saya pergi pasti buku ini ada bersama saya. Ia bagaikan senarai semak apa yang saya mesti buat untuk merealisasikan impian menjadi IBU SEJATI buat dua bintang hati, sekaligus tetap terkehadapan dalam mengejar impian bekerja dari rumah....

Mengapa buku ini sangat bermakna buat saya?


Kerana, semua persoalan dan kebimbangan saya, bagaikan semuanya sudah terjawab di dalam buku ini.

Saya berhempas pulas berfikir apa yang perlu saya lakukan sebelum bergelar WAHM dan buku ini menjawabnya - LANGKAH DEMI LANGKAH RANCANG KARIER DARI RUMAH.


Saya juga tahu saya cukup lemah dalam pengurusan masa, buku ini ada bab khas tentang - PENGURUSAN MASA.

CABARAN BEKERJA DARI RUMAH - bab ini saya highlightkan....kerana saya benar-benar tidak mahu keputusan berhenti kerja menjadi satu perkara berbangkit di masa akan datang. Saya juga tidak mahu ia menjadi satu penyesalan buat saya. (Saya benar-benar berdoa perkara negatif ini tidak terjadi)

Paling saya suka bab PILIHAN BISNES DARI RUMAH. Ia bagikan peta halatuju saya. Apa yang perlu saya lakukan dengan bisnes kecil dari rumah. Bermula dengan bisnes kecil dengan modal yang minimum memberi ruang untuk diri kita belajar sedikit demi sedikit, sebelum sukses dengan bisnes yang besar InsyaAllah.

Justeru Kak Mas...

Buku ini sangat bermanfaat kepada saya. Darinya saya belajar untuk lebih teratur menguruskan dua online bisnes saya.

http://www.kedaihuffaz.blogspot.com/ - butang baju melayu, kerongsang dari Sabah, dan butik pakaian kanak-kanak : http://www.kh-goodboygoodgirl.blogspot.com./

Saya mulakan bisnes pakaian kanak-kanak terpakai(bundle) kerana ia ada pengikutnya yang tersendiri, mungkin sedikit masa lagi saya akan bekalkan pula pakaian baru kanak-kanak yang dengan jenama antarabangsa kerana koleksi ini juga ramai peminatnya.InsyaAllah.

Itu sahaja Kak Mas semoga terus kental dan gigih menjadi WAHM! InsyaAllah saya akan mengikut jejak Kak Mas sedikit masa lagi. Saya sebenarnya teruja bila Kak mas katakan kita ke taman permainan di waktu orang lain bergegas ke tempt kerja, kita ke super market tanpa penat beratur membazir masa dan tenaga....ITU MOTIVASI SAYA."

2 comments:

Normi Hj Mat Yusof said...

salam, hehe jd n3 kat blog kak mas pulak...segan rasanya. terima kasih atas doa!
gembira bila suami 200% menggalakkan saya berhenti kerja + dia pun dah berjanji nak tolong support modal utk produk kedai baju kanak-kanak saya....

Izan said...

saya setuju sangat perenggan terakhir tu. kita ibu-ibu yang bekerja ni terpaksa bersesak-sesak hujung minggu sama ada ke shopping kompleks ataupun nak relaks ke taman. maklumlah hujung minggu memang tumpuan ramai. http://diaryfamilyku.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin