Tuesday, July 27, 2010

Sudah tiga hari tidak bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Apa khabar suri sekalian? Ada ke yang jengah ke sini, hampa tiada entri baru ;P. Sebetulnya beberapa hari masalah internet, alhamdulillah semalam sudah ok. Biasanya berpagi-pagi saya meninggalkan entri di sini buat hidangan tetamu yang datang.

Dalam beberapa hari ini, saya perlu fokus menyiapkan manuskrip, doakan agar segalanya lancar sebelum saya cuti bersalin. Sekejap sahaja 4 atau 5 bulan lagi belayar lah saya. Satu lagi amanah yang perlu dipikul. Makanya akan bertambah jugalah ruang masa saya untuk si kecil dan ditambah dengan tiga kanak-kanak riang sedia ada.

Apa perancangan saya?

Ya, sebelum kemunculan seorang lagi bayi riang, makanya dalam kepala saya sedang merancang-rancang beberapa pendekatan. Ia perlu kerana jadual kerja saya berterusan sepanjang tahun. Walau nampak sibuk, sebenarnya kesibukan yang terurus. Kadangkala tidak sibuk, tetapi sebenarnya sangat sibuk. Untuk tidak terlalu berfikir dengan had waktu, maka saya bergerak seperti biasa sahaja ;D.

Ya, sebetulnya tiada perancangan untuk menambah bilangan ahli, makanya terima dengan kesyukuran dengan rezeki ini. Jadi saya selepas ini sememangnya betul-betul perlu mengurus masa dengan cemerlangnya. Sekarang ini masih sederhana prestasi saya, memandangkan asyik terbabas masa menghantar manuskrip. Sepatutnya sudah siap manuskrip ke dua untuk Oasis Buku Sdn. Bhd. Nasib baik kakak editor sangat baik hati, tidak dikejar saya. Tetapi saya sangat cemburu setiap kali ke sana, ada sahaa kulit muka buku (cover) yang baru. Alahai, ini membuatkan saya teruja campur cemburu. Masa takkan menunggu saya, jadi saya perlu laju seperti kuda sedang berlari, kalau laju seperti cahaja merentas masa juga sangat bagus.

Makan fikir manuskrip, tidur fikir manuskrip, tetapi lena tetap lena :P. Selepas itu saya menyesal tak sudah kerana gagal menyiapkan senarai untuk hari ini. Ok, sekarang motivasi saya sedang meluap-luap, tidur juga sudah tidak lena. Malam-malam selalu terbangun kerana berfikir, takut gagal menyiapkan kerja mengikut tempoh masa. Dalam masa lima bulan inilah saya ada, kerana bulan 1 dan dua berehat, kemudiannya bulan tiga dan bulan April 2011 sudah Pesta Buku. Oh, oh, sungguh senak hati saya memikirkan perjalanan masa yang begitu pantas berlalu.

Apa-apapun doakan agar segala apa yang saya rancang dan sedang laksanakan ini selesai mengikut perancangan. Harapnya juga bayi akan keluar selepas selesai apa yang saya kerjakan sudah siap sepenuhnya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

3 comments:

kakyong said...

tahniah di atas kehamilan...
semoga sentiasa bahagia & sihat spjg kehamilan

Masayu Ahmad said...

kakyong

terima kasih sudi singgah dan selalu tinggalkan jejak

sebetulnya saya juga selalu jengah blog kak yong, tetapi selalunya ruang sembang (chat box) web kak yong akan menutup tirau skrin 80peratus, adakah saya sahaja yg mengalami demikian? jadi tidak dapt membaca entri tuan blog ;), musykil saya

kakyong said...

masayu guna IE (internet explorer ya)...
so far semua yg komplen begitu menggunakan browser IE..
cuba tukar guna browser firefox.. @ chrome..
Insya Allah, pasti shoutbox tu tak buat hal... :)

kakyong jrg2 juga ke mari.. almaklum nak rotate list dlm bloglist tu.. kdg2 terkena cepat, kdg2 terkena lambat... ;)

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin