Tuesday, July 13, 2010

Peraduan pengalaman berpantang masih berlangsung

Teks: Masayu Ahmad

Kesibukan dan tumpuan saya pada blog ini tetapi masih lagi tidak melupakan blog satu lagi iaitu http://www.masayuahmad.blogspot.com/ (Panduan Kesihatan & Kecantikan).

Angin rajin saya sudah datang, jadi saya mahu uar-uarkan peraduan pengalaman berpantang masih lagi berlangsung. Catatan pengalaman berpantang kalian akan dibukukan. Ya, ini adalah salah satu lagi projek penulisan yang menunggu senarai untuk saya selesaikan. Jadi kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertainya, silakan ya.

Masih ada beberapa peserta yang saya belum siarkan pengalaman mereka. Sabar menanti ya, giliran kalian akan tetap kunjung tiba juga.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin