Saturday, July 10, 2010

Nantikan ebook sulung saya

Teks: Masayu Ahmad

Sebenarnya saya masih menantikan lampu hijau tentang kelahiran ebook sulung saya. Sepatutnya sudah terbit lebih awal sebelum buku saya lagi. Tetapi biasalah proses menanti dan beberapa kekangan membuatkan masih menanti masa yang sesuai untuk diterbitkan.

Saya masih berada dalam mood larian kelajuan yang pantas untuk menyiapkan beberapa manuskrip seterusnya. Jika dilihat dalam jadual, sepatutnya saya sudah melepasi garisan. Saya perlu lebih berdisplin dan kembali melihat jadual penulisan.

Beberapa minggu ini banyak betul perkara yang berlaku, alhamdulillah segalanya sudah hampir berlalu dan saya perlu fokus kembali dengan jadual kerja. Terdapat beberapa perubahan dalam jadual kerja. Antaranya saya kembali melihat senarai tugasan yang perlu selesai sebelum Disember 2010. Harapnya semua sasaran dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan sempurna. Doakan saya.

2 comments:

Wan Anie said...

saya pun tak sabar nak tengok... nanti jgn lupa war-warkan yer...

Masayu Ahmad said...

wan

terima kasih wan atas sokongan

insya-allah, akan diuar-uarkan kelak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin