Sunday, January 15, 2012

Pandangan artchetak.com tentang buku Jana RM Dari Rumah




Jana RM Dari Rumah



Pada 22 November 2009, www.artchetak.com berpeluang muncul di segmen Bekerja Dari Rumah di rancangan Apa Kata Wanita di TV1. Sejak itu, dari semasa ke semasa, saya menerima e-mail dari wanita-wanita, terutamanya kaum ibu yang berhajat untuk mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Dengan pengalaman yang amat cetek, rasanya saya bukanlah sumber terbaik untuk memberi nasihat. Yang boleh cuma sekadar pandangan yang tak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri.

Agak sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang ditujukan khas kepada kaum wanita bagi isu memulakan perniagaan dari rumah. Kebanyakan yang berada di pasaran adalah di import dari negara barat. Walaupun secara amnya, boleh digunapakai, tetapi masih perlu buku rujukan tulisan anak tempatan.

Alhamdulillah, pada Mei 2010, buku bertajuk Jana RM Dari Rumah berada di pasaran. Buku hasil tulisan Masayu Ahmad, di tulis khas untuk kaum wanita, para ibu bekerja khasnya yang berhajat untuk bertukar kepada status bekerja dari rumah.

Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh di jalankan di rumah, malah, menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan. Terdapat panduan-panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaingan dan kewangan turut diterangkan.

Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. InsyaAllah semuanya ada di dalam buku ini, begitu juga panduan motivasi diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil.

Buku yang berharga RM15 ini boleh dibeli secara online di MPH Online atau Karangkraf Mall.


Sumber:http://artchetak.blogspot.com/2010/05/jana-rm-dari-rumah.html

5 comments:

Durra M.Jamri said...

Terima kasih Masayu!

Unknown said...

salam mas. TAHNIAH!
kakchik pun teringin nak memiliki buku mas ni. best juga jika dapat dijual di MariBaca.

p/s: mas pernah baca buku Bekerja d@ri Rumah atau Work @ Home terbitan eHomemakers tak?

Masayu Ahmad said...

Durra

sama-sama kasih

Kakcik

wasalam kak cik, terima kasih

jika mahu jual d Mari Baca, saya sangat mengalu-alukan, terima kasih kak chik atas sokongan

buku terbitan eHomemakers sya belum baca, tetapi laman web ada saya baca juga

Nik Ha said...

Salam, saya baru saja beli dari koperasi tpt keje ni ;)tak saba nak menela'ah.nanti boleh buat review kat blog ;)

Masayu Ahmad said...

Nik Ha,

terima kasih kerana membeli dan membaca,

ya jangan lupa buat review ya :D,

terima kasih sekali lagi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin