Sunday, January 4, 2015

Alhamdulillah ujian itu rahmat

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, ujian itu rahmat. Ujian itu kasih sayang Allah.


Bermula 25 hb 12.2014 hinggalah semalam. Hari ini barulah boleh bersiaran dengan baik.

Juga semalam 3.1.2015 perginya seorang lagi ibu saudara yang tinggal di Pantai Irama Bachok.

Setiap yang bermula ada pengakhiran.

Hari pertama ada hari terakhir.

Hari pertama di alam barzakh menuju ke alam kehidupan abadi,

Semoga kita semua mati dalam husnul khotimah.

Sebarkan kebaikan, lakukan yang terbaik dan berikan yang terbaik.

Hari ini juga hari pertama abe Hakim untuk kelas hafazan malam.

Esok hari pertama untuk Arissa ke PASTI.

Ibu doakan yang terbaik dan ibu mahukan yang terbaik untuk keluarga, masyarakat dan agama.

Insya-Allah, saya akan ke Kuala Krai pada Selasa ini untuk menyampaikan dan menyambung infak sahabat semua.

Dua hari ini jalanraya sangat sesak dan banyak bantuan dari luar, sama ada dari anak-anak Kelantan sendiri dan juga sahabat-sahabat dari negeri lain datang dan membantu mangsa banjir.

Untuk sesi pertama ini saya akan mencari penerima dan menjejak terus kepada mereka. Sesi seterusnya untuk ke surau, masjid dan terus memberi tumpuan kepada pemulihan di sana. Insya-Allah.

Besarnya amanah ini, saya akan berikan terbaik. Insya-Allah.


No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin