Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini dahulu ya www.janawangdirumah.com
Alhamdulillah hari ini hari kedua persekolahan. Anak-anak masih dalam aura bersemangat dan teruja. Sudah tidak ada jadual menonton tv, tidur awal jam 10 dan bangun lebih awal Alhamdulillah.
Anak-anak boleh mencerap dengan baik apa yang ibu mahukan.
Semalam saya masakkan mee goreng dan pagi ini nasi berlauk. Waktu pagi adalah masa terbaik kita menikmati masa puncak kesibukan.
Semalam saya yang menghantar mereka, kemudian jam 10 pergi lagi sekali menyelesaikan apa yang belum selesai.
Pagi ini pok sid tidak ada jadi, en.suami menghantar anak-anak.
Rutin ibu anak 5
Waktu begini sebagaimana tahun sudah, saya melahirkan Ammar. Jadi persekolahan anak-anak diurusan en.suami. Arif naik darjah satu dan ibu dalam keadaan berpantang.
Ketika en.suami sibuk mengurus anak-anak, ibu dan Ammar selama lebih sebulan berada di ICU.
Alhamdulillah, inilah cantiknya kita dalam urusan rumahtanggan sentiasa bertolak ansur.
Ibu tanpa bibik
Jika baca kisah awal-awal entri dalam blog ini, saya pernah berkongsi saya pernah ada pembantu rumah. Kenapa sekarang saya lebih suka keadaan ini walau ia sedikit banyak tugas, tetapi saya lebih gembira melalukannya sendiri. Melainkan tugasan itu saya tidak suka buat maka saya akan jadikan ia lebih kreatif, selesai tanpa perlu saya membuatnya.
Bibik saya pernah datangnya dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Dan pengalaman memiliki pembantu rumah ketika masih bekerja dan tiga anak masih kecil menjadikan saya lebih fleksibel dalam urusan kini,
Kita tahu mana yang sesuai kita tahu mana yang perlu didahulukan.
Jadual anak-anak lebih padat.
Tahun ini saya memasukkan abe Hakim yang sulung kelas hafazan malam bermula jam 8 hingga 12. Awal pagi di ke sekolah macam biasa, nanti akan bersambung KAFA sehingga jam 5. Ada sedikit masa senggang jam 6 hingga 7 petang.
Aiman akan pulang awal ham 1.45 kerana dia masih Tahap 1. Arif juga ada KAFAsehingga jam 5. Arissa berada di PASTI sehingga jam 5.30 petang.
Ammar masih menyusu dan berada di samping ibu. Bezanya Ammar jika ada urusan sangat penting ibu akan transit Ammar sehingga separuh hari atau sehari. Untuk Ammar sebab ibu sudah ada pengasuh dipercayai kak Atikah.
Jumaat dan Sabtu, Abe Hakim boleh rehat. Arissa, Arif dan Aiman masih ke kelas quran dari jam 8 hingga 9 pagi sahaja. Waktu lain ibu bagi pelepasan untuk bermain dan bermain.
Kecintaan pada al-quran
Tidak ada satu pun yang menjadi halangan untuk ibu, agar anak-anak menjadikan quran dan sunnah sebagai praktik kehidupan. Ibu adalah ibu biasa yang punya impian agar meninggalkan anak-anak soleh dan solehah. Ibu perlu mempunyai inspirasi sendiri dan mahu anak-anak berada dalam landasan di zaman serba serbi mencabar ini.
Sebagaimana kematian Sharifah Aini, meninggalkan anak yang soleh, saya sangat terinspirasi. Sedangkan arwah ini mendapat hidayah dan mati dalam husnul khatimah, dan kita juga perlu berusaha agar sentiasa dipimpin dalam hidayah Allah.
Insya-Allah
No comments:
Post a Comment