Monday, January 26, 2015

Ammar sudah setahun

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah pejam celik anakanda Ammar suda setahun hari ini. Masa begitu pantas. Ibu gembira sepanjang tahun ini sudah lebih bersedia dengan anak-anak di rumah.

Tidak ada nikmat yang digambarkan melainkan kerana segala apa yang kita mahu kita perlu usaha keras. Ia tidak datang dengan sekelip mata.

Baca kembali etri pertama saya di blog ini dan kembali baca entri hari ini. Perjalanan yang panjang dan sudah memasuki tahun ke 5 berhijrah ke sini. Ia adalah usia Arissa.

Saya berjuang dan mendoakan lebih ramai ibu-ibu di luar sana dapat menikmati masa yang lebih baik bersama keluarga. Insya-ALlah walaupun di rumah rezeki tidak pernah salah alamat. Ia datang tepat masa. Rezeki juga insya-ALlh sangat cukup dan ia lebih sangat cukup jika Allah menghendakkan rezeki itu datang kepada kita.

Berusahalah sekiranya masih ada impian yang belum dicapai.

Insya-Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin