Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com
Asssalamualaikum w.b.t.
Salam kasih sayang salam kembara perjuangan. Jumaat dan Sabtu yang penuh agenda dan aktiviti. Jumaat hari rehat dan hari merai keluarga. Tetapi sebenarnya tidaklah rehat mana, apabila anak-anak sedang membesar merekalah tumpuan kita.
Jika fasa dahulu anak-anak saya masih bayi dan kini fasa ke dua anak-anak sudah bersekolah. Tinggal Ammar sahaja masih bersama ibu.
Jumaat biasanya menu utama adalah nasi lemak. Tengahari juga menu nasi. Menjaga anak-anak dan menjaga warga emas, mahu atau tidak disiplinnya perlulah mengutamakan mereka. Saya sudah bersedia untuk ini.
Namun setiap hari saya menggunakan kaedah cepat dan masakan mudah yang sihat juga. Tempoh masa juga selalu saya guna dan ia dijadikan rutin harian. Kalau melakukan satu-satu perkara dengan lambat, maka ia memberi kesan pula yang lain.
Laju masa bergerak
Sekarang ini kalau kita perasan cepat masa berlalu, pagi, tengahari dan malam. Pagi, tengahari dan malam.
Moga kita masih berada dalam lindungan Allah sentiasa dan tahu apa kita lakukan hari ini adalah permulaan hidup di alam sana
Salam kasih sayang
No comments:
Post a Comment