Saturday, January 24, 2015

Kemuncak kesibukan seorang ibu

Teks: Masayu Ahmad


Setiap hari dan ia berlaku setiap hari. Apabila kita memandang gunung kain tidak berbasuh, maka terpandang pula singki yang aduhai-aduhai. Kalau boleh seorang ibu melihat semua kerja rumah sebagai mentera.

Hanya dengan jelingan sahaja, gunung kain berubah sudah berlipat kemas. Ditambah pula dengan anak yang ramai. Seorang anak ada lima pasang dan darab pula dnegan 5, ditambah baju kerja. Jadi berapa?

Juga mahu dengan kuasa sekali jelingan semua siap bergosok.

Berpagi tidak ada lagi berbunyi.

"Ibu baju saya mana?"
"Ibu stoking saya mana."

Sambil itu berdesup pula ke dapur jika lihat perancangan asal ada menu sebulan yang sudah dirancang. Itu yang dirancanglah kan. Apa yang jadi?

Menu roti sapu paling pantas. Sedap juga kerana ibu yang buatkan.

Jam sudah merindik 12 tengahari. Ibu juga tersasar rutin hari ini. Biasanya tiga menu sudah lengkap utuk pagi, tengahari dan malam.

Menu paling rajin dan pantas. Masak nasi.

Ibu ambil kunci. Sudah sampai kedai selera mok 'Baba Hashim'. Restauran tepi baruh, satu-satunya menepati selera mok.

Lalu dua bekas gulai daging. dua kerabu perut.

Balik dan hidang.


Hidup adalah pilihan. Kadangkala kita pilih warna biru, kadangkala terpaksa juga pilih warna coklat. Sama juga kerana ia warna warni kehidupan.

Tak gitu? ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin