Monday, January 26, 2015

Rutin seronok seorang ibu

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah wajib ini dahulu www.janawangdirumah.com


Hari ini rutin lancar sekali, alhamdulillah, Bangun pagi sempat menyedikan nasi goreng udang, hanya bekal sahaja tidak sempat. AIman mengadu, saya seorang sahaja tak bawa. Jadi tadi ibu belikan 3 botol baru. Botol tahun lepas nampak sudah uzur benar.

Usai kanak-kanak bertiga ini ke sekolah, ibu terus ke gerai pagi. Hari ini mok mahu makan nasi dagang, nasi berlauk untuk atuk. Juga sempat bungkus 3 ketul kepak itik dan 1 kepak ayam gulai kampung.

Balik ke rumah Arissa baru bangun sementara ibu mengemas Arissa selesai bersarapan mok dan atuk.

Ammar sudah mengantuk kerana sudah bangun jam 4 pagi. Jadi Ammar sudah masuk buai ibu hantar ARissa ke PASTI.

Cium tangan ibu berpesan.

"Berlajar elok-elok ya."

"Ya lah, ibu datang cepat-cepat ya." Balas dia pula, pesan pada ibu. Jangan datang lambat ya bu jemput Arissa.

Roti dan bekal air. Itu sahaja katanya mahu makan terus.

Sambil bawa roti tangan letak di belakang. Aises semek sungguh.

Minggu ini ibu masuk trek lagi menyelesaikan dua manuskrip serentak. Insya-Allah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin