Sunday, January 11, 2015

Ibu sayo penat

Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini dahulu ya www.janawangdirumah.com

Masya-Allah satu hari penuh semangat.
Saya tahu hari ini hari penting kerana esok hari adalah hari pertama persekolahan anak-anak di negeri lain.
Kami di Pantai Timur, sudah selesai hari pertama.
Bermula jam 4 pagi hinggalah jam 11 malam. Anak-anak sudah lena.
"Ibu sayo penat, hari-hari pergi masjid. Boleh ke sayo cuti." Adu Aiman.
"Tak apalah man, penat sekarang. Aiman nanti jadi ketua keluarga."
Hari ini ibu tugaskan Abe Hakim dan Arif hantar AIman ke kelas. Jam 10 baru ibu datang intai Aiman.
...
"Ibu, abe panat sangat." Adu abe Hakim pula, usai selesai kelas hafazan jam 11 malam.
"Tak apolah la abe penat sikit sebab kita belajar ilmu Allah.
"Abe, ibu masak gulai ayam ko abe. Mari kita makan nasi."
Sekarang abe sudah lena, sertai adik-adik.
ALhamdulillah. Inilah penyudah entri malam ini.
Ilmu itu penting anak-anak.
ALhamdulillah selamat malam.
Travelog suri
11.1.2015

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin