Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini dahulu ya, www.janawangdirumah.com
Alhamdulillah, hari ini hari pertama kakak ke sekolah. Berpagi ayah hantarkan. Jam 9 ibu beli sarapan kerana hari ini agak malas untuk memasak. Mahu kemas rumah.
Nasi berlauk, nasi dagang, nasi berlauk ayam goreng, nasi lemak dan nasi bubur untuk Ammar. Amboi bukan mainkan banyaknya. 5 orang lima rasa. Itulah kan betapa kadang-kadang apabila kita ada pilihan kita boleh membuat pilihan.
Semalam selasa 6 Januari sekitar jam 11 saya turun dari rumah. Niatnya memang mahu mula mengedarkan barang-barang sumbangan. Dalam hati Ya Allah, permudahkan urusan hari ini. Jumpakanlah aku orang-orang yang layak menerima sumbangan ini hasil derma sahabat surirumah.
Perjalanan lebih kurang 1 jam sahaja. Ia adalah laluan biasa sebenarnya kerana ia laluan untuk ke Kuala Lumpur. Sekitar jam 2 saya berhenti solat dahulu, kemudian meneruskan perjalanan. Kerana matlamatnya mahu ke Manik Urai Lama. Maka kami terus ke destinasi. Pun begitu dalam perjalanan itu kiri dan kanan jalan memang kami lihat kesan bah besar yang melanda pada 26 Disember lalu.
AllahuAkbar, kami melihat dan melihat. Rumah rumah yang tersedai, yang terpalit warna coklat air yang bercampur selut. AllahuAkbar, luluh rasa hati kerana melihat masing-masing sudah pun meneruskan kehidupan. Membersihkan rumah seadaanya.
Allah permudahkan jalan apabila kami mula menampak tanda Manik Urai Baru, dan saya mula membelok ke kanan dan kelihatan Sekolah rendah. Saya pandu lagi dan menjumpai Sek. Men, Manik Urai.
Kemudian menjumpai dahulu kawasan perumahan di Manik Urai Baru, ia kebanyakan rumah batu moden, dan banglo juga teres. Saya menyusr lagi jalan dan andaian keran jalan raya masih sibuk dengan kedatangan banyak kenderaan yang menghantar bantuan.
Kelihatan tanda Manik Urai Lama. Kemudian sebuah jambatan besar yang menghubungkan antara dua lokasi tersebut.
AllahuAKbar.
Itulah ayat yang keluar dan melihat kesan dari sungai besar (nanti saya selidik dahulu apa nama sungai itu). Kelihatan kesan besar sungai yang merempuh rumah rumah yang berada di Manik Urai Lama.
Tidak terkata. Rumah yang sudah tinggal separuh, tinggal tiang tinggal tapak, yang beralih tempat. Kelihatan juga rata-rata penduduk mula melakukan aktiviti pembersihan mengikut daya mereka. Dan saya tahu mereka masih lagi bersedih dan redha. Ia dapat digambarkan melalui wajah mereka.
Juka kelihatan sukarelawan yang membantu membersihkan masjid.
Nanti saya sambung...
No comments:
Post a Comment