Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, kesyukuran atas kurniaan hari ini, atas peluang sehari lagi untuk melakukan dan menyebarkan kebaikan. Semalam ada satu perkara yang sangat mengecewakan saya, ia terbawa-bawa hingga mahu tidur. Saya cuba lepaskan dengan perasaan ini dengan istigfar dan istigfar.
Saya sangat tidak suka satu perkara negatif pun menempek dalam perasaan. Saya mahu lepas dan lepaskan ia jauh. Kerana ia tidak baik untuk kesihatan dan juga minda. Saya bangun lagi hari ini dengan perasaan memaafkan. Ya ALlah, siapalah saya, sedangkan ALlah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi pula saya manusia biasa. Ampuni aku, ampuni aku.
Degil untuk berjaya
Sejak beberapa minggu ini kesihatan kurang baik. Itu sebab saya seperti mudah terasa hati. Saya mahu buang jauh perasaan ini. Semalam ketika membelek Mingguan Wanita di ruangan kisah masyakarat seorang ibu yang sudah kematian suami menjaga 6 anak OKU seoarng diri. Betapa besarnya cabaran beliau. Betapa besaranya pengorbanan beliau. Anak-anak OKU tersebut berperangai pelik, meraka sudah dewasa tetapi tidak dapat mengurus diri sendiri. Jadi apalah sangat ujian dan cabaran yang saya lalui, sekiranya dibandingkan dengan ibu tersebut.
Saya bangun dan bangkit lagi hari ini meneruskan perjuanga. Mahu menulis dan berkongsi agar lebih ramai mendapa manfaat insya-ALlah.
3 comments:
Insya Allah...semoga kita semua kuat untuk hadapi cabaran hidup
Semoga maju jaya! :)
http://madey09.blogspot.com/2015/01/shalawat-nabi-muhammad-saw_2.html
Post a Comment