Sebagaimana biasa satu tahun jadual penulisan saya adalah penuh dan saya perlu fokus selesaikan apabila saya mula meletakkan sasaran. Sasaran sekarang kembali semula dengan pemanasan 1 bab 1 hari dan selama 10 hari saya sudah menyelesaikan 10 bab bersamaan 1 manuskrip tidak kisah untuk buku atau ebook. Saya masih ketinggalan jauh.
Beg hitam sandang sentiasa saya bawa ke mana sahaja, tidak ada masa untuk disiakan melainkan ia adalah untuk catatan, bacaan. Selang seli masa juga untuk kelas online.
Fleksibel mengikut cara
Betapa lajunya masa berlari, tinggal beberapa minggu sahaja lagi anak-anak akan peperiksaan kemudian bercuti. Sudah terlepas tahun sudah jadi cuti tahun ini Hakim dan Arif akan berkhatam. Minggu ini juga persediaan untuk peperiksaan. Waima saya di rumah saya baru menyusun semula lebih memantau akan persekolahan anak-anak. Saya masih memberi kebebasan, tidak terlalu menekan.
Jadula tahun depan juga menukar kelas malam untuk fahazan, tajwid dan bahasa Arab untuk Hakim, Arif dan Aiman jadi mereka akan serentak berada di kelas yang sama.
Arissa sudah boleh mula semula ke PASTI, Ammar masih bersama ibu. Insya-Allah. Juga kelajuan menulis saya perlu laju, 1 manuskrip sebulan.
Sudah boleh miliki ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online.
Saya kongsikan ulasan pembaca,
Klik sini untuk beli http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.
Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.
Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.
Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.
http://
2 comments:
laju cikgu. Saya kena kumpul nyawa nak kejar.
hai la nyawa hai la badan ;)
Post a Comment