Baca naskah persediaan ini www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t
"Ibu, abe sudah kemas laman rumah."
Kedengaran juga ketika ini Hakim sedang menyapu daun-daun kering laman Atuk. Gigih Hakim dan Arif dalam minggu ini mahu mengumpul sejumlah duit. Duit bekal yang diberikan en.ayah tidak digunakan. Bawa bekal air dan nasi goreng. Semua disimpan.
"Ibu, upah abe RM2 deh, kalau banyak abe buat ibu tambah lagi upah."
Saya suka dengan keadaan Hakim. Jika dia mahukan sesuatu dia akan lakukan sungguh-sungguh. Jika dia tidak mahu dibuat sambil lewa sahaja. Anak-anak memang tidak sempurna pada pandangan kita, namun kitalah yang perlu menjadi pengawal dan pendorong.
Jumaat terindah
Saya masih fokus menyelesaikan beberapa senarai ebook lagi. Berlari laju menyusun jadual sebelum anak-anak cuti sekolah.
baca naskah ini di sini ya http://khidmatpelangganonline.blogspot.com/
Petikan bab 4: Menawan Hati Pelanggan.
7.Guna Nama Sebenar
Guna nama
sebenar ketika menyapa, maksudnya kita memang benar kenal pelanggan dan itu
adalah salah satu cara menghargai pelanggan. Tulis perkataan Puan, Cik Puan
pada alamat untuk penghantaran. Mereka tentu gembira.
8. Pujian Ikhlas
Berilah
pujian ikhlas ia murah dan berbaloi. Puji bukan membodek sekiranya pelanggan
layak menerima.
9. Memikat Pelanggan.
Pastikan
bisnes kita mudah, selesa untuk pelanggan. Ada banyak testimony yang terdapat
pada blog dan laman web jualan. Juga boleh tunjukkan produk yang dipos sudah
tentu ia menarik pelanggan dan membuktikan produk mendapat sambutan.
10.Mudah
dan selesa.
Sentiasa membuat penambahbaikan bisnes kita
mudah dan selesa untuk pelanggan. Mudah untuk membuat bayaran dan selesa ketika
berurusan
No comments:
Post a Comment