Thursday, September 4, 2014

Petang yang damai

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, saya suka akan hujan, bau tanah, daun basah. Tadi sebelum menjemput Ammar pulang, singgah beli pisang goreng. Terus berlalu ke dapur dan masak air.

Sementara air mendidih, saya mengadap seketika komputer riba. Alhamdulillah, hari ini sejak pagi sudah masuk trek jadual baru. Saya puas hati dapat menyelesaikan 1 bab lagi untuk ebook. Betul, kadangkala kesibukan membuatkan kita sedar banyaknya perkara yang mahu kita buat dan masa sangat singat.

Sekarang ini saya lupakan semuanya dan saya masuk dua tapak kasut dan menikmati segenap nikmat yang Allah berikan. Anak-anak makin membesar dan saya tidak mahu untuk lalai dan lupakan bahawa mereka hanya sekali sahaja ada tempoh usia kecil.

Fasa akhir 2015

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin