Teks: Masayu Ahmad
Baca naskah ini www.janawangdirumah.com
Assalamualaikum w.b.t pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Sudah bermula fasa akhir untuk tahun ini. Apa khabar matlamat kita yang kita gendang sejak awal tahun. Apa khabar matlamat kita apabila kita bermula 31 Disember setiap tahun maka berpuluh matlamat kita mula tulis dengan kibaran semangat luar biasa.
Fasa akhir 2014
Semak semula apa yang sudah kiya nyatakan dan kita mahukan. Setakat mana usaha kita, setakat mana pencapaian kita, prestasi kita. Kita sangat maklum dengan cita-cita besar tetapi kita maklum juga denga budaya kita hangat-hangat nasi ayam. Meruap umpama perasaan lapar yang mahu makan, sudahnya kekenyangan dan mula lali kemudian tidur.
Kemudian kita terus lena dalam keadaaan zon selesa. Kembali semula keadaan lapar dan kita bermula semula menagih mahu berusaha itu dan ini.
Fokus dan jelas
Saya gembira dan suka dengan suri yang fokus dan jelas matlamat. Jika kita dalam kumpulan kita ini adalah ahli yang bagaimana? Ahli ikut ikutan atau ahli suka-suka. Suka sahaja berada dalam kumpulan tanpa rasa silu kita sudah membuang banyak ilmu dan tidak ada kesedaran untuk berusaha dan bertindak.
Kita tidak menghargai ilmu
Terus terang saya katakan, budaya rakyat Malaysia masih lagi tidak menghargai ilmu yang ada di depan mata. Kebanyakan suka disuap dan berterusan disupa sehingga lena dan kematu tidak berdaya untuk bangun.
Lihat orang luar datang ke sini, mereka berusah dengan tidak ada apa dan pulang dengan lumayan. Sedih melihat begini, lemahnya kita, malas, bertangguh, apa sahaja yang negatif.
Pun begitu masih ada juga yang berjaya, sukses, boleh berusaha, suka lakukan dengan bersungguh-sungguh. Memang saya kadangkala perlu garang kerana letih dengan sikap lemak anak muda dan kita yang katanya bergelar bangsa berjaya.
Bangun dan bangkit bangsaku!
No comments:
Post a Comment