Teks: Masayu Ahmad
Assalamulaikum w.b.t
Apa khabar suri sekalian? Di sini sudah petang dan juga hujan. Biasa waktu begini sudah siap satu jug teh o panas bersama dengan goreng pisang. Suami sudah pulang. Abang Hakim semalam mengikut emak saudara ke Besut.
Hakim tiada, maksudnya riuh rendah itu kurang separuh. Maka tinggal sahaja 4 beradik lagi. Saya mengurangkan aktiviti berjalan-jalan kerana tinggal suku terakhir untuk tahun ini. Mahu siapkan sasaran 15 ebook saya sudah tersasar jauh hanya 10 ebook sahaja. Perlu segera sekarang adalah tiga ebook di tangan.
Sementara yang ini sedang bertukang lagi www.akademibekerjadirumah.com/shop
Iaitu ABDR sebagai kumpulan sokongan yang menyediakan latihan secara online dan offline kepada suri yang zero tentang bisnes online.
Sejak sebelum penubuhan ABDR lagi sudah banyak jemputan ceramah. Saya tolak dengan baik dengan keadaan anak-anak masih kecil. Namun suri sekalian masih boleh belajar kerana proses belajar itu berlaku setiap hari.
Setakat hari ini sudah 830 blog dan maksudnya kita mempunyai 830 ahli berdaftar dengan ABDR. Jika kalian jelajah blog akan jumpa dua logo. Itulah mercu tanda ABDR. Saya ucapkan terima kasih buat adinda Nisa Nua yang merekabentuk dua logo ini.
Buat apa yang kita suka
Apa yang perlu saya lakukan untuk tambah pendapatan, bisnes dari rumah atau bekerja di rumah.
Dahulukan ini
1. Apa kepakaran sedia ada yang puan suri ada berdasarkan pendidikan, pengalaman kerja atau bisnes.
2. Apa minat, hobi yang boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh mendatangkan duit.
Apabila kita melakukan apa yang kita suka, maksudnya ia adalah dorongan yang paling kuat ketika usaha getir kita, ketika berada dalam cabaran. Dorongan ini tidak boleh dibeli ia sudah ada dalam diri kita.
Fokus
Ramai yang mahu tetapi tidak ramai yang mampu
www.akademibekerjadirumah.com
No comments:
Post a Comment