Teks: Masayu Ahmad
Petang begini, mencuri ruang untuk duduk sekejap, menekan aksara. Bunyi debur air di bilik mandi. Suara anak-anak mandi, bersiap untuk beransur menyambung medan ilmu malam hari.
Sekejapan sahaja masa kini sungguh pantas berlari. Seharian hari ini hanya menjaga Ammar, si kecil ini cepat pula besarnya. Tidak puas untuk digolek. Apabila senyum kelihatan dua batang gigi.
Semalam balik ke rumah ayahanda, nampak kederat usia yang semakin ditelan masa. Juga usai kembali semula di sini, melihat juga dua batang susuk tubuh yang semakin uzur.
Aduhai, aduhai.
"Abe, nanti ibu tua abe nok jaga ibu dok?"
"Tok sir abe, abe sibuk kijo."
Abe memang suka bergurau.
"Tak apo ibu, ore ado. Ore jago ibu."
Aiman menyampuk. Ibu sekadar senyum. Hanya menduga sahaja.
Saya teringat akan satu ceramah seorang ustaz. Apabila kita meletakkan harapan, maka kita bersedia untuk tidak menanti harapan itu dimakbulkan. Kita hanya berdoa agar kita adalah orang tua mahu dan menunaikan segala amanah dengan baik. Mendidik dan menjaga amanah, beri hak sebaiknya.
No comments:
Post a Comment