Monday, September 8, 2014

Menghargai pelanggan

Teks: Masayu Ahmad

Kita suka membeli, maksudnya kita suka jadi pelanggan. Kita suka apabila penjual menghargai kita sebagai pelanggan. Selalu tak kita membeli secara online?

Maka ini salah satu cara untuk kita melihat bagaimana seseorang peniaga online menguruskan/melayan pelanggan. Ok, kita boleh mulakan diri kita apa yang membuatkan kita suka untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan.


1. Saya suatu ketika dahulu beberapa kali membeli pakaian anak perempuan secara online. Pertama kali membeli saya suka beli dengan kaedah yang memudhkan saya. Contoh, beli, bayar dan barang sampai. Maksudnya memudahkan pelanggan bertanya, berapa harga, barang cepat sampai. Maksudnya sediakan kaedah yang memudahkan pelanggan untuk membeli.

2. Suka percuma.
Sebagai pelanggan saya suka barang percuma. Contohnya kos penghantaran percuma. Jadi pembelian akan lebih menjimatkan.

3. Tawaran bajet/pakej
Tawaran bajet, contoh bagi seoarang ibu hamil. Mahu pembelian pakej. Selalukan kita mahu murah dan banyak. Salah satu yang disukai pelanggan adalah tawaran pakej yang sesuai mengikut poket. Tentu pelanggan gembira.

4. Hadiah.
Saya pernah menerima beli satu dapat percuma satu. Ini menyebabkan kita gembira.

Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin