Monday, September 8, 2014

Berjuang setiap hari, agar hidup penuh erti

Teks: Masayu Ahmad

"Ibu, cepat bu mok tergolek bowoh meja."

Berlari segera saya ke dapur mendengar arahan dari Arif.

Sudah terbaring mok dalam keadaan lesu. Hari ini sebagaimana biasa, dia pulang dari 'dialisis'. 3 kali seminggu.

Pitam selepas makan. Saya menyuakan ma perlahan teh o panas. Keadaan reda, ma sudah boleh dipapah naik berehat. Alhamdulillah.


Masih lagi berjuang menyelesaikan manuskrip bertemankan Arissa. Mulutnya tidak berhenti bercakap sejak dari pagi. Arissa tidak ke sekolah. Alasan mudah agar mok dan atuk tidak kesunyian di rumah. Sambil menemankan saya mengemas rumah, memasak. Cuma sebelah petang saya mula ada urusan luar, saya tinggalkan  Arissa yang sudah kenyang dan gembira.

Hidup ini perjalanan

Kita lihat laman orang subur menghijau, maka kita juga teringin. Sedangkan kita punya laman yang sama. Hanya perlu ada semangat dan kekuatan sahaja. Jika mahu hijau seperti jiran sebelah maka perlulah rajin dua kali ganda.

Apa pula saya membebel...hehe

Saya berhenti dahulu, sudah asar masa untuk Ammar pula.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin