Monday, April 23, 2012

Perjalanan dan perjuangan

Salam kasih sayang

Malam sudah mengintai jam 10.36, bersamaan 23 April 2012. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan, limpahan nikmat yang tidak terhitung. Aduhai jiwa menulis sudah kembali datang. Untuk rekod saya, saya sudah menyudahi lebih 10 manuskrip dalam tempoh 3 tahun ini. Dengan kata lain setahun lebih kurang 3 manuskrip. Ada yang masih dinilai dan ada yang sedang menunggu terbitan.

Tugasan yang ada di tangan, ebook masih tidak disudahkan penyuntingannya dan juga dua manuskrip yang berstatus segera juga tergantung juga. Makanya saya istiharkan semula kesegaran jadual kerja penulisan. Ini adalah jiwa dan cinta hati. Makanya ke hulu ke hilir masih bersama manuskrp. Saya perlu memuktamadkan semula susun atur jadual menulis.

Saya suka mengorek rahsia peniaga-peniaga kecil. Sambil berborak, menemuramah atau membeli. Saya mencari satu sisi penting iaitu cetusan motivasi.

"Mokcik tidur lepas isyak, jam dua pagi sudah bangun untuk siapkan semuanya,"

Nah! Itu dia ayat motivasi terbaik yang saya dapat ketika berpagi-pagi ke pasar pagi di Wakaf Aik. Aduhai segera kekaguman saya datang. Teringat pula ayat mak cik nasi kerabu di Hulu langat.

Lebih kurang begini.

"Mokcik tidur jam 10, jam tiga pagi sudah bangun,"

Cuba kalian perhatikan berapa jam dua mak cik ini tidur, hanya lima jam sahaj. Lima jam sahaja!. Mereka memasak dan memasarkan sendiri produk mereka. Nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, gulai ayam, gulai ikan, dan bermacam menu lagi.

Kudrat orang tua jika dibandingkan kudrat orang muda seperti kita dan seperti saya. Saya andaikan jika saya produktif seperti dua mak cik ini. Ini anggaran kiraan, bangun jam 3 pagi, hingga 8 pagi, saya selesaikan 1 bab bersamaan 10 muka surat, 2 mukasurat 1 jam. Makanya 10 hari sudah siap 100 muka surat dan lebih kurang sebulan boleh siap 1 buku.

Maksudnya 12 bulan 12 buku. Ya, 12 buku. Saya suka mencongak 12 buku setahun, 1 buku sebulan. Produktif memang produktif. Jadi, makanya kepada saya sendiri dan kalian yang mahu mengambil iktibar makcik 50 tahun dan saya masih 30-an, jika bekerja dengan kadar begitu dalam masa 10 tahun, rasanya usia 40 tahun saya boleh senyum.

Tetapi tidak begitu, usia yang singkat ini aturannya terus berjuang dan nikmati perjalanan.

Salam kasih sayang, mari kira susun semula jadual tugasan dalam apa jua bidang.

Jangan lupa beli www.janawangdirumah.com

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin