Maya AmirOk, saya biarkan dahulu soalan di atas. Saya bukanlah kaunselor atau pakar.
Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?
Tetapi apa yang saya kongsikan di sini adalah maklumat berdasarkan pengalaman
untuk dikongsi dengan lebih ramai lagi.Jadi soalan di atas, saya akan cuba setakat mana
yang saya mampu dari sudut pandangan pengutip maklumat dan perkongsian pengalaman.
Bagi rakan-rakan pembaca yang ingin memberi sokongan kepada Maya Amir saya alu-alukan.
Sebelum itu saya mahu ceritakan satu perihal seorang wanita yang sudah berusia berbangsa Cina.
Banyak kali terserempak dengan saya pagi atau petang. Saya namakan dia, Ah So.
Jika berjumpa waktu pagi, dia akan berpagi-pagi mengayuh basikalnya, bersetentangan dengan saya.
Kayuhannya, kayuhan semangat, semangat menyempurnakan harinya untuk mencari rezeki.
Pada pandangan dan anggapan mata kasar saya, dia mungkin sebatang kara, hanya ada sebuah basikal
dan tempat tinggal. Sumber rezekinya hanya satu, mencari kotak-kotak dan plastik-plastik.
Usai petang menjelang
Usai petang, sekali lagi saya akan terpandang dia melintas jalan besar, membawa kotak-kotak,
kertas yang dikumpul dan diletakkan di belakang dan kiri kanan basikal. Kali ini dia tidak mengayuh.
Saya melihat rutinnya, dan dia begitu bersemangat dengan apa yang dilakukannya.
Mungkin itulah satu-satunya sumber rezeki Ah So, itu sahaja yang dia boleh lakukan.
Bersambung..
1 comment:
Saya teringat chinese lady yg jual yakult di kawasan rumah saya ini, dahulunya dia hanya berbasikal sambil promote yakult, sekarang ni sudah ada motor roda 3.
Post a Comment