Friday, April 20, 2012
Menu kasih sayang
Di atas adalah menu semalam, kari terung yang dicampur lada, carrot dan tomato, ikan tenggiri goreng dan ayam goreng kasih sayang. Walau selera ayahanda kurang, tetapi habis juga satu pinggan. Alhamdulillah.
Pagi hari Jumaat saya berpagi-pagi ke Pasar Pagi Wakaf Aik, aduhai banyak menu enak dan juga makanan tradisi yang mengiurkan. Jadi saya hanya pilih dua tepung boko ubi kayu dan juga ketupat manis.
Jadual sekarang sudah terbahagi dua, minggu bekerja berada di rumah mertua, malam Khamis hingga Sabtu berada di rumah ayahanda. Begitulah seterusnya, walaupun ia tiada dalam perbincangan dan mesyuarat. Tetapi itulah rutin sekarang, terima kasih en.suami kerana sangat membantu saya atas aturan jadual giliran ini.
Alhamdulillah, minggu ini en.suami cuti seminggu, kebetulan pula PASTI cuti jadi Arissa, Aiman dan Arif dijaga ayah mereka. Pagi tadi juga Hakim lewat, tepat jam 7.30 sampai di sekolah.Tiga pengawas bertugas sudah menunggu di pintu masuk sekolah.
Apakan tidak jam 7 memecut laju dari rumah ayahanda. Jadinya lain kali saya perlu pecut awal lagi untuk memastikan Hakim berpagi-pagi ke sekolah. Hari ini Sabtu, ada cuti ganti untuk cuti Raya Haji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment