Tuesday, February 21, 2012

Surat dari abang Hakim

Teks: www.masayuahmad.com

Abang Hakim antara subjek kegemaran adalah matematik. Berilah buku latihan matematik, sekejap sahaja siap dan boleh fokus dengan baik. Tetapi tidak untuk bahasa, namun terima kasih abang Hakim kerana sudah lancar membaca BM dan BI, juga hafazan semakin baik.

Antara perkara yang perlu ibu ambil tahu dan ambil perhatian lebih ialah tulisannya yang tidak cantik. Tetapi ibu bangga sebab abang Hakim usahakan juga untuk tunjuk pada ibu tulisan abang semakin cantik. Terima kasih ibu ucapkan.

Hasil pujukan dan latihan, tulisan abang Hakim bertambah kemas berbanding dahulu.

Kegemarannya memang suka matematik, suka beli macam-macam di koperasi dan setiap hari bawa balik benda baru. Jadi sekarang, ingatan setiap hari agar abang Hakim tidak lagi beli barang-barang di koperasi.

Semalam abang ada beritahu ibu bahawa abang sudah jumpa pusat sumber, di situ ada banyak buku. Abang cakap mahu pinjam buku banyak-banyak. Hati ibu sudah gumbira mendengarnya.

                         Ibu juga sayang abang dan adik-adik. Nanti ibu beli kenali dunia pula.

6 comments:

hasfar08 said...

As Salam Mas,
Anak saya pun macam anak Mas jugak. Hari2 mesti ada beli barang dari koperasi. Barang yg tak perlu pulak tu. Mmg hari2 pesan jangan beli apa2 dari koperasi kalau bukan cikgu yang suruh. Tulisan pun macam tu. PEning tengok. Saya teringin sangat duduk rumah n concentrate dengan anak2 tapi apakan daya, masih belum boleh lagi. Masa mmg tak cukup untuk tengok perkembangan pelajaran anak2. Stress sangat kalau pikirkan. Rasa macam sekarang jugak nak berenti n jadi WAHM.

Ely Hasrul said...

ala nangesss beshnye abang hakim dh jumpa puisat sumber...

Masayu Ahmad said...

salam Hasfar

Itulahkan pengaruh anak-anak sekolah ini bukan calang-calang.

Hari-hari beli eraser, pembaris dan macam jenis angry bird,

saya rasa kebanyakan kanak-kanak baru darjah satu teruja kerana dapat pegang duit dan beli sendiri. saya sendiri perlu sabar dan setiap hari perlu beri ingatan

Insya-allah niat untuk jadi wahm akan jadi kenyataan. keluargalah pendorong utama untuk capai apa sahaja matlamat. saya doakan semoga sukses.

Wan Anie said...

Hakim mas sebaya dengan Hakim saya, sekarang sudah darjah 1.

Sekarang hakim saya hobinya beli pemadam empat segi di koperasi sekolah, buat mainan :)

Tulisan pun bertambah baik sebab bila masuk sekolah ni hari-hari anak kita menulis kan?

Masayu Ahmad said...

ely

memang tersentuh bila baca, semalam tekun menulis, pagi ini dia tinggalkan kertas tu atas meja..;)

Masayu Ahmad said...

Wan Anie

itulah wan, macam2 pemadam dibeli dan dikumpul-memang gitu agaknya kebanyakan darjah satu

ya, saya akui latihan tulisan tu dah makin banyak dan semakin ok tulisannya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin