Teks:www.masayuahmad.com
http://www.facebook.com/CutiCutiKelantan
Salam kasih sayang, hari ini rutin sebagaimana biasa, bangun seperti biasa awal pagi, urus Hakim ke sekolah, dukung Aiman dan mandikan, bangunkan Arif mandikan. Saya agak keletihan pagi ini, pun begitu nasib baik dibantu mertua dan en.suami.
Semalam saya sudah siap masakkan gulai ayam Kelantan. Dinihari tadi sudah bau masakan panas dari dapur. Mertua sudah siap masakkan nasi, masak lauk, jerang air. Arissa disuapkan mok pagi ini.
Apa tidak dua hari yang lepas, saya di wad kecemasan membawa si kecil Arissa, patutnya ditahan, tetapi dr, beri pilihan boleh pulang tetapi pastikan diberi ubat. Alhamdulillah sudah selesai disitu. Hari ini Arissa sudah bangun dengan riang. Semalam juga separuh hari menguruskan urusan ayahanda. Sudah hampir selesai, saya juga lega.
Pagi ini agaknya saya keletihan, akan hadiahkan diri sendiri urutan tradisional sentuhan kak lah.
Salam kasih sayang, kitalah wanita yang penuh semangat, walau apa cabarannya tetapi dilakukan dengan hati ikhlas.
2 comments:
emmmm kerja yang tak pernah habis
boleh juga lawat ke blog saya.sesuai untuk wanita yg mahu bekerja di rumah. http://beautifulazra.blogspot.com/2014/05/projek-duit-raya-2014.html
Post a Comment