Friday, February 24, 2012

Sentiasa bersedia & lakukan terbaik-tips suri super

Teks: www.masayuahmad.com
                                                                            google

Saya ada terbaca satu artikel yang menarik ketika pencarian bahan di internet, saya lupa untuk menyimpan url blog tersebut. Antara tips pagi hari yang dikongsi ialah selalu menjadikan rutin mengemas, memasak serentak.
Maksudnya menjadikan rutin berpagi-pagi mengemas rumah, dapur, kosongkan singki, menjemur pakaian dan segala urusan rumah tangga diselesaikan awal pagi.

Terapi pagi

Jadi apabila rumah sudah berkeadaan bersih, ruang tamu kemas, dapur kemas, ruang memasak bersih, ini memberi satu terapi untuk menikmati sarapan pagi dengan enak dengan fikiran yang tenang.

Disiplin setiap hari
Acapkali kita membaca dan mendengar lakukan yang terbaik dan sentiasa bersedia. Maksudnya sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan bersih. Ia memang sukar kerana kita berdepan dengan banyak tugas serentak.

Namun sebenarnya, apabila tetamu yang datang tanpa diundang tiba-tiba menjengah depan pintu. Amat malu jika rumah berkeadaan selerak, tetapi hati rasa teruja menyambut tetamu jika rumah kekal berada dalam keadaan kemas. Kita juga tidak kelam kabut mencapai itu dan ini dan sudah tentu tidak mahu memberi pandangan yang tidak elok pada mata tetamu.

Jadi, sentiasa bersedia menampilkan rumah sentiasa terjaga banyak memberi terapi kepada suri rumah selain manfaat berlakunya kedatangan tetamu secara tiba-tiba. Manfaat lain sudah tentu semua ahli keluarga rasa seronok dan sudi melekat di rumah.

Senaman

Urus rumah tangga juga membantu kita membakar kalori. Apakan tidak dari satu ruang ke satu ruang, kadangkala apabila sudah selesai semuanya baju habis lencun kerana peluh. Ini juga satu pergerakan yang sihat kerana kita sedang membakar kalori ketika melakukan kerja rumah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin