Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad
Sedapnya hujan-hujan begini pekena kopi panas atau teh o panas, teh tarik pun ok. Sekarang ini minda saya terbayang-bayang coklat yang sedap dan lazat. Siapa-siapa baik hati boleh lah kalau mahu belanja saya. Kadang-kadang apabila asyik bekerja, rasa mahu mengunyah sesuatu. Tadi teringin makan bubur kacang, makanya saya ke kedai sekejap mencari kacang hijau dan gula melaka. Baru rendam, petang sikit bolehlah mulakan operasi
Sudah ada roti putih bolehlah dicicah dengan bubur kacang. Kalau letak durian lagilah sedapkan. Buat lagi teh o panas. Apa yang saya sudah melalut, selamat minum petang. Saya mahu beransur dulu.
2 comments:
Hehe...saya pun sangatlah mengidamkan apa sahaja berasaskan coklat sekarang ni dan sepanjang hamil ni. Coklat, kek coklat, ais krim coklat, minuman coklat dan seumpama dengannya. Pasal tu la kulit pun warna coklat. Hihi...
yaquut
fir, itulah ada-ada je kan nak rasa makan itu ini
memang inilah penangannya
Post a Comment