Thursday, July 15, 2010

Pergi jauh-jauh penyakit malas

Teks; Masayu Ahmad
Pic: Google

Sesungguhnya kemalasan melanda, tetapi mahu atau tidak 'kesibukan' juga melanda. Banyak cara untuk mengatasi masalah malas ini antaranya menjengah blog atau laman web yang penuh motivasi.

Saya bukannya mengalamai writer's block, tetapi penyakit M yang menjadi-jadi. Idea menerjah-nerjah mahu dikeluarkan, susunan bahan tulisan juga bersedia untuk dicuit-cuit mesra. Saya sudah merangka perjalanan jadual penulisan daripada awal, jika betul-betul saya mengikutinya memang semua siap tepat pada masa. Tiada alasan lain lagi selain malas.

Godaaan bekerja dari rumah

Tv

Salah satu cabaran dan godaan utama ialaha suasana sekarang adalah dingin dan sofa empuk juga melambai-lambai. Sekarang saya seupaya tidak tidur siang. Cabaran menonton tv sudah pun berjaya saya lepasi sejak awal tahun. Maksudnya bulan seterusnya saya tidak menonton. Dulu cukup suka tengok oprah talk show dan the biggest loser. Jam 1 tengahari hingga 3 saya sudah mula terpacak. Ya, saya akui dua rancangan ini adalah sebuah rancangan yang penuh info dan motivasi. Tetapi daripada satu sudut banyak masa saya rugi di siti.


Tidak berpoya-poya di jalanan

Saya juga telah berjaya menghadkan masa untuk berada di luar dalam tempoh yang lama. Sebolahnya masa adalah untuk anak-anak dan juga untuk menulis dan membuat penyelidikan sahaja. Alhamdulillah juga yang ini saya akui sudah berjaya melepasi. Apa-apa gangguan jualan murah dapat ditepis dengan mudah.

Jadual perancangan sepanjang tahun

Sebetulnya saya membuat jadual kerja sebelum awal tahun menjelma iaitu Disember sebelum tahun baru dan akan dikemas kini sama ada setiap bulan, suku tahun dan pertengahan tahun. Saya ada 10 matlamat yang perlu diselesaikan, baru sahaja 4, tinggal lagi 6. Dalam tempoh berbaki 6 bulan lebih sebelum tahun 2011, saya perlu buang jauh-jauh perasaan malas. Ada satu lagi misi yang belum berjaya. Saya kini berhutang dengan diri sendiri 6 matlamat dan 1 misi. Jika ini selesai, aduhai merdeka buat seketika. ;D

Saya menyeru angin rajin terus meresap ke dalam tubuh badan sekarang kerana 6 matlamat dan 1 misi ini mahu juga dikerjakan sehingga selesai.

Salam kasih sayang

http://www.masayuhamad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin