Nota; Ingat lagi tak saya sedang mencari lima penyertaan, berbentuk luahan, diari atau catatan harian ibu, wanita, sama ada bekerja atau suri rumah. Semasa bersiar-siar terjumpa artikel ini di http://keloncot.blogspot.com/ jadi buat tuan empunya blog, boleh memberikan nama penuh (mengikut ic), dan hantarkan alamat ke masayu2010@gmail.com
Saya masih mencari empat lagi diari harian wanita tidak kira suri rumah atau bekerjaya. Ini adalah salah satu luahan super mama, yang banyak perkara yang perlu dilakukan serentak sehari. Penat. Ya memang penat. Semua wanita mengalami dilemaa yang sama, mencari keseimbangan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja. Semuanya perlu berjalan lancar, setiap hari penuh dengan aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Pemilik artikel ini layak menerima buku Jana RM Dari Rumah. ;D
http://keloncot.blogspot.com/2010/07/menghadapi-bulan-puasa.html
Hari ini 20 Julai 2010 bersamaan dengan 7 Syaaban.. Sudah 7 hari di bulan Syaaban, maka selepas ini semua umat islam akan berpuasa di bulan Ramahdhan.. Di bulan Rejab dan Syaban ini saya percaya ramai yang menghabiskan puasa-puasa yang wajib diqadakan sebelum Ramadahan menjelma.. Saya pun tidak terkecuali masih ada 1-2 hari puasa yang belum diganti sebelum bermula Ramadhan..
Semalam antara hari saya mengantikan puasa, bermula bulan Rejab, hari isnin dan khamis saya sudah mula berpuasa walaupun ada juga hari yang skip.. Tetapi semalam terasa betul keletihannya, sampai rumah pukul 6.30 ptg setelah mengambil abang Uzair dan Sarah.. Baru mula hendak mengeluarkan lauk dari peti ais, si budak berdua ini pulak dalam mood yang tidak baik, merengek-rengek si Sarah di nyakat abangnya... Si abang Uzair tidak mahu mandi pula....
Mengeledah bag Sarah untuk mengeluarkan baju kotor , CD dan susu botol untuk diasingkan dan di cuci. Sambil masak ala kadar, mula memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.. Si Uzair masih tak mahu mandi..
Abang Uwais mula balik ke rumah dalam pukul 7.10 malam... Dalam hati nasib baik, dia tidak banyak karenah terus mandi dan memakai baju.. Abang Uzair pulak kene paksa mandi, selepas tu baru memakai baju.. Makanan dihidangkan dalam pukul 7.30 malam untuk kami makan malam....Waktu makan cik Sarah sudah menyepahkan tempat makannya, walaupun apa yang dimakan sedikit sahaja....Selesai makan nasi, makan dessert yogurt calciyum pulak, nie antara makanan feveret mereka bertiga :P
Lebih kurang pukul 7.50 malam, ayah baru sampai rumah dan terus solat. Aku masih tak solat lagi, menyusukan Sarah pulak.. Tempat makan tak sempat nak dikemas dan biasanya ini diserahkan kepada ayah, kalau nak tunggu aku tak solat Maghriblah jawabnya.. Sambil berbaring menyusu Sarah, terasa betul penatnya berpuasa hari tersebut..
Selesai maghrib dan isyak, aku terus tidur bersama Sarah, abang Uzair dah tidur dulu, abang Uwais pulak tak tertengok ada homework ker apa.
Pukul 9.00-9.15 malam anak-anak dan aku dah ZZZZZzz ..Pukul 5 pagi aku bangun, jemur kain, basuh botol susu, mengoreng nasi lebihan semalam, buat air dan menguruskan barang2 Sarah untuk dibawa ke nursery, 6.45 pagi kene keluar rumah ke pejabat pula...
Aku mula terdetik dalam hati, esok bermula Ramadhan macam mana aku nanti, anak2 mesti kene ambil lagi awal, bulan puasa kalau paginya memang kene lebih awal sebab jammed luar biasa dan ayah pulak walaupun kuar awal tetapi kebiasaannya sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Kalau nak masak macam tak larat jea, nak beli kat pasar Ramadhan? tak tahu kedai mana yang best dan bersih....hmm ada idea?
Aku planning nak ambil supplement yang dicadangkan untuk berpuasa oleh N di blog addinasa, ESP dan Performance drink. Kadang-kadang aku terlupa nak makan :P dan bila badan dah letih nie mula la teringat nak makan. Selain memberi tenaga, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu, yealah kita kan nak bagu susu badan yang berkualiti untuk anak. Kita juga nak menjaga kesihatan kita, mak sihat baru boleh menjaga anak dan keluarga.
Apa-apa pun minta dipermudahkan menjalani ibadah puasa nanti.
Nota: Peraduan buku inspirasi masih lagi berlangsung.
1 comment:
tahniah nad.. n3 luahan hati terpilih.. semoga semakin kuat hadapi hari2 mendatang..
Post a Comment