Sink sentiasa bersih dan wangi
Sangat seronok apabila bangun pagi, sebelum memulakan memasak hidangan sarapan, dapur dalam keadaan berkilat cantik. Sinki sentiasa kosong dan bersih. Satu tenaga luar biasa yang muncul. Antara perutan yang boleh dilakukan ialah, mempastikan dapur dalam keadaan bersih sebelum menutup operasi pada malam tersebut.
Tetapi bagaimana pula seorang wanita bekerja yang sentiasa sibuk dan kepenatan. Tidak memasak tidak semestinya sinki sentiasa berada dalam keadaan kosong. Satu terapi pagi wanita apabila melihat sinki sentiasa bersih dan kosong, ia membuatkan diri rasa tenang dan relaks. Berbeza keadaannya apabila dapur sudah lama tidak di lap, pinggang mangkuk periuk belanga penuh di singki untuk diselesainkan. Antara tip ialah, mengamalkan terus membersihkan dapur selepas memasak dan selesai menjamu selera. Mohon kerjasama setiap ahli keluarg menguruskan pinggan mangkuk yang digunakan sendiri.
Pengurusan pakaian yang teratur
Antara keluhan biasa ramai wanita ialah, sudah membasuh pakaian tetapi menjadi masalah ialah melipat, menggosok dan menyimpan dengan teratur. Paling tidak digemari pula, sudah canti-cantik bersusun, anak-anak dan suami suka hati pula mengambil dan membiarkan keadaan tidak seperti asal.
Juga keadaan timbunan pakaian yang tidak berbasuh dan sudah selesai dibasuh. Ada wanita yang gemar menguruskan pakaian mengikut hari-hari tertentu dan ada pula setiap hujung minggu. Apa pilihan kalian, pengurusan pakaian adalah antara keutamaan penting agar rumah sentiasa nampak kemas dan bersih. ;D
5 comments:
kdgkala xdpt dielakkn dr mmpunyai keinginan memiliki seorg pmbantu , al least utk kerja2 pembersihan saja pun cukuplah..sbb nk m'hadap[i kerenah anak2 saja pun dah cukup meletihkan , kan ?
sy uruskn pakaian xikut hari tp ikut mood dan 'ketahanan' mata..hehe.sebenarnya smbil tgk tv tu seronok juga melipat kain sbb mcm xsedar je kain dah habis dilipat...yg sy 'bercinta' sikit ialah iron baju...huuu...mujurla a da suami yg memahami dan adakalanya dia xkeberatan ironkan baju2 kami..syukur...alhmdllh:)
memang kena sangat tajuk ni
sinki tu ok lagi mas, bab pakaian ni memang surrender.. hihi
teringin nak cari org tolong kemas baju, baju2 anak masuk bakul jer, kadang2 jer berlipat... macamana yer... walaupun kerja di rumah tapi kerja rumah tetap sama juga... hehe
Rumah yang rapi dan bersih memang SANGAT menyenangkan. Sebaliknya, kalau rumahtangga tak terurus, memang stres dibuatnya. Apapun, saya memang selalu kalut menguruskan rumahtangga.kadang-kadang rasa tak terkejar nak buat semuanya... :-)
ummie hanie
boleh saja, sekarang ni kan dah ada pembantu datang hari sahaja, atau pilih seminggu sekali khusus untuk uruskan kerja2 rumah
wan
itulah, dah namanya pun suri rumah, kalau bekerja pun sama juga semu tu kena buat juga ;D
saya pun kadang2 ada juga sindrom tak berapa rajin
syahida
iyalah kan, memang pun takkan habis sampai bila-bila,
ada masanya juga saya ambil masa dan tunggu mood datang, tapi mata pula tak sedap memandang
apapun rumah bersih dan kemas tetap jadi pujaan
Post a Comment