Friday, July 30, 2010

Semoga Normi terus kental dan gigih berusaha untuk menjadi WAHM!



Sudah lama saya ingin menulis tentang buku ini, namun otak saya bagai tepu dengan idea. Banyak perkara yang mahu dilontar bagai tersekat di pintu minda! Sejujurnya saya hanya ingin menulis untuk Kak Mas....





SURAT BUAT KAK MAS,

"Awal kalamnya terima kasih Kak Mas kerana menulis buku sebaik ini. Ia motivasi saya, pembakar semangat dan kekuatan saya untuk tetap teguh dengan hasrat menjadi WAHM!

Ke mana saya pergi pasti buku ini ada bersama saya. Ia bagaikan senarai semak apa yang saya mesti buat untuk merealisasikan impian menjadi IBU SEJATI buat dua bintang hati, sekaligus tetap terkehadapan dalam mengejar impian bekerja dari rumah....

Mengapa buku ini sangat bermakna buat saya?


Kerana, semua persoalan dan kebimbangan saya, bagaikan semuanya sudah terjawab di dalam buku ini.

Saya berhempas pulas berfikir apa yang perlu saya lakukan sebelum bergelar WAHM dan buku ini menjawabnya - LANGKAH DEMI LANGKAH RANCANG KARIER DARI RUMAH.


Saya juga tahu saya cukup lemah dalam pengurusan masa, buku ini ada bab khas tentang - PENGURUSAN MASA.

CABARAN BEKERJA DARI RUMAH - bab ini saya highlightkan....kerana saya benar-benar tidak mahu keputusan berhenti kerja menjadi satu perkara berbangkit di masa akan datang. Saya juga tidak mahu ia menjadi satu penyesalan buat saya. (Saya benar-benar berdoa perkara negatif ini tidak terjadi)

Paling saya suka bab PILIHAN BISNES DARI RUMAH. Ia bagikan peta halatuju saya. Apa yang perlu saya lakukan dengan bisnes kecil dari rumah. Bermula dengan bisnes kecil dengan modal yang minimum memberi ruang untuk diri kita belajar sedikit demi sedikit, sebelum sukses dengan bisnes yang besar InsyaAllah.

Justeru Kak Mas...

Buku ini sangat bermanfaat kepada saya. Darinya saya belajar untuk lebih teratur menguruskan dua online bisnes saya.

http://www.kedaihuffaz.blogspot.com/ - butang baju melayu, kerongsang dari Sabah, dan butik pakaian kanak-kanak : http://www.kh-goodboygoodgirl.blogspot.com./

Saya mulakan bisnes pakaian kanak-kanak terpakai(bundle) kerana ia ada pengikutnya yang tersendiri, mungkin sedikit masa lagi saya akan bekalkan pula pakaian baru kanak-kanak yang dengan jenama antarabangsa kerana koleksi ini juga ramai peminatnya.InsyaAllah.

Itu sahaja Kak Mas semoga terus kental dan gigih menjadi WAHM! InsyaAllah saya akan mengikut jejak Kak Mas sedikit masa lagi. Saya sebenarnya teruja bila Kak mas katakan kita ke taman permainan di waktu orang lain bergegas ke tempt kerja, kita ke super market tanpa penat beratur membazir masa dan tenaga....ITU MOTIVASI SAYA."

Thursday, July 29, 2010

Alif atas aa

Teks: Masayu Ahmad

Hakim: Ibu, ibu tengok ni

Hakim: Jim di atas ja, alif atas aa, ba di atas ba, ta di atas ta. Menunjuk huruf-huruf ke arah saya dan mula mengeja.

 Hakim mengambil buku kecil yang tercatat huruf-huruf belajar mengaji dan separuhnya sudah terkoyak.

Ibu: Oh terima kasih Hakim. Nanti ibu belikan buku yang baru.

Ibu peluk Hakim rasa terharu sangat. Rupanya dalam buat-buat tak dengar, dia dengar sebenarnya. Sekarang ini saya biarkan sahaja video mengaji dan mengeja dari youtube untuk budak-budak ini. Pagi dan petang siang dan malam. Sebagai latihan permulaan, tiada siaran tv selama sebulan. Disebabkan diorang tidak suka diajar secara tradisional. Maksudnya suka di depan pc sahaja. Aiman sudah laju mengingati huruf-huruf. Alhamdulillah. Hakim kekal konsisten perlu dibaca berulang-ulang surah-surah lazim semasa tidur. Nampakya suda ada peningkatan. Biar sedikit tetapi konsisten. :D

Cara ini lebih berjaya berbanding menghafal mengikut turutan. Maksudnya sama seperti mengenal A, B, C, teruskan sahaja dari mana-mana huruf, iaitu huruf lain bukan secara turutan. Lebih mudah untuk mengenal bukan menghafal.

Kalau membaca, bukan sekadar baca tetapi baca dan faham. Dua perkara berbeza.

Kebanyakan masa juga saya tidak punya waktu untuk menumpu sepenuh perhatian, disebabkan berkejar masa dan situasi semasa yang banyak berehat.

Semalam siaran tv dibuka semula. Nampaknya mereka sudah tidak suka menonton lagi, menonton sekejap sudah lari untuk aktiviti lain. Saya akan tambah lagi aktiviti. Mulai tahun hadapan akan dihantar ke tempat yang lebih formal, insya-Allah. Saya lebih gemarkan pendidikan awal yang mengimbangi antara agama dan ilmu moden yang lain. Kanak-kanak yang cepat mencerap hafazan, insya-allah akan mudah mengikuti pembelajaran yang lain. Saya masih mencuba dan mempraktik beberapa pendekatan. Tidak mahu memaksan anak-anak, walaupun hati ini di seru-seru. Tetapi saya faham tidak boleh mendesak, pilih dan buat mengikut penyeseuaian semasa anak-anak. Pilihan di tangan kita dan setiap ibu punya pendapat sendiri. Insya-Allah.

http://www.masayuahmad.com/

Perjuangan hari ini

Teks: Masayu Ahmad


Saya wajib konsisten menyiapkan beberapa bab sehari. Kalau tidak akan menimbun, dan sangat jauhkan dari sikap suka bertangguh-tangguh. Cabarannya sekarang ialah Aiman, apabila saya mula berada di depan komputer, Aiman sudah terpacak atas meja di depan ibu. Solusinya, saya perlu menyiapkan sebelum Aiman bangun.

Saya wajib lipat kain walau sedikit setiap hari. Kalau tidak akan menimbun setinggi gunung everest. Cabarannya ialah kain baju tak pernah-pernah habis. Sekejap dah tak ada, sekejap menimbun balik. Solusinya, saya menyediakan raga-raga khas, dan juga menggunakan lebih banyak penyangkut baju. Gantung terus simpan, pakaian en.suami sahaja yang perlu digosok. Pakaian yang sudah tidak pakai, sudah masuk dalam plastik besar, untuk disedekah. Masih lagi berperingkat menyelesaikan masalah pengurusan pakaian ini. Nampak sudah sukses separug jalan, tinggal 50 % lagi untuk kekal konsisten.

Saya suka bangun pagi lantai sudah mop, bilik air sudah bersih, kain baju sudah terjemur, makanan sudah dimasak. Cabarannya hanya yang sukses sekarang ialah kain baju berjemur dan makanan yang dibeli atas alasan saya alahan hamil. Solusinya, mop lain, bersih bilik air perlu dijadualkan kembali, yang lain sudah konsisten.

Aiman sudah bangun. Saya permisi dahulu. Jadi itulah perjuangan saya untuk minggu ini. Pendek kata, perlu buat penjadualan semula, kerana sejak hamil jadual yang asal sudah lari ke laut. ;D

Jom minum petang

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Sudah dua hari sangat teringin kopi ais dan pisang goreng. Bukan mak budak sahaja, kanak-kanak riang pun tumpang sama. Sungguh sedap dan enak, petang-petang begini. Sejuk sahaja lalu di halkum. Asyik makan sahaja kerja saya sejak dua menjak ini. ;D

Wednesday, July 28, 2010

Kelengkapan bayi ;D


Sale Information


Company : myBBstore - Malaysia Preferred Online Baby Shop

Sale : 27-Jul-2010 To 16-Sep-2010

Summary

Storewide discounts up to 50%
 
myBBstore - Malaysia Preferred Online Baby Shop


No 21-1 & 21-2, Jln Kuchai Maju 18, off Jln Kuchai

58200 Kuala Lumpur

All Malaysia States


Nota: Demi kemudahan di masa depan ;P

Secawan teh pengubat letih

Pic: Google

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Khamis bersamaan 29 Julai jam 8.33 pagi. Tidur awal dan bangun awal, itu jadual saya sekarang. Pagi-pagi begini sangat teruja menyiapkan tugasan. Anak-anak belum bangun, jadi saya boleh fokus sebentar dengan tugas-tugas. Alhamdulillah dengan rezeki hari ini nasi lemak bersama teh hijau.

Saay menghirup teh panas, rasa sungguh segar dan memberi tenaga baru untuk hari ini. Moganya saya kekal fokus menyiapkan tugas. Orang dalam perut juga sudah dirasakan tendangan kecil dan denyutan. Awal pagi sangat aktif. Alhamdulilah.

Apa menu kalian ya, saya sekarang nak kata suka makan, memang suka. Jika malam kadangkala ada juga rasa malas mahu makan. Kadang-kadang masak, kadang-kadang tidak. Sungguh, tidak berapa rajin memasak sejak akhir-akhir ini. Tetapi kadang-kadang sebab kasihan kan anak-anak saya memasak juga.

Perancangan

Antara perancangan awal ialah menyediakan serba sedikit kelengkapan mahu bersalin nanti. Belum lah buat, tetapi perkara pertama sediakan bajet dahulu, mahu bersalin di mana, kelengkapan dan bagaimana mengurus kanak-kanak riang ketika berpantang.

Disebabkan Hakim dan Arif akan ke tadika, jadi mahu cari tempat yang sesuai untuk meletakkan ketiga-tiganya sekali. Ada dua tempat yang sudah saya lihat, tetapi dalam perkiraan memilih tempat yang sesuai. Nanti hanyalah kesibukan pada waktu pagi sahaja, melayan dan menyiapkan tiga beradik ini. Mungkin hanya berada di tadika sehingga jam 3 petang sahaja. Hakim dan Arif sudah boleh mandi dan pakai baju sendiri, tinggal lagi Aiman suka bermain ciku-ciku cak.

Mungkin juga saya mengambil pembantu yang hanya datang pagi dan petang sahaja, selepas mengurus kanak-kanak riang bolehlah balik. Waktu kritikal hanyalah pada dua minggu pertama pantang sahaja. Insya-Allah saya sudah bersedia. Kali ini sepenuhnya saya berpantang sendiri di sini. Sudah anak ke empat, kali ini berdikari ;D, harapnya semuanya lancar.

Bilik di bawah juga saya sudah alihkan perabot, agar sesuai nanti untuk saya berpantang. Juga nanti saya akan beli buku-buku yang akan dibaca selama tempoh pantang. Mana boleh duduk diam dan baring sahaja, perlu ada aktiviti untuk minda ;D.

Saya sudah berbincang dengan seorang tukang urut indonesia, Tarmin namanya, mungkin menggunakan khidmatnya sebagai pembantu rumah untuk pagi dan petang. Tambah pula sebelum ini dia memang mengurut saya, jadi dua dalam satu boleh mengurut untuk bersalin sekali. Memang sedap dia mengurut, walau sakit tetapi selepas itu badan terasa ringan. Cumanya tidak ada orang yang bertungku, nampaknya kena buat sendiri. Atau pun sesudah pantang di sini, barulah pulang bertungku di kampung.

Saya sudah banyak kali menggunakan khidmat Tarmin, terutama dua kali semasa saya jatuh, kali pertama kaki kiri terseliuh, dia yang mengurut dan kali kedua jatuh juga kaki kanan terseliuh. Kali pertama selepas mengemop lantai, saya lupa lantai masih basah dan licin berjalan laju menuruni tangga, apa lagi macam buah nangka jatuhlah.

Kali ke dua, tidak perasan ada air yang melimpah keluar dari bilik mandi, hasil kreatif kanak-kanak riang. Saya yang membawa sebakul kain berjalan laju, maka jatuh terduduk. Kaki kanan pula. Ini menyebabkan kerisauan saya ialah posisi ke dua-dua lutut ini jika suda ke fasa tiga kehamilan. Apa pun, kaedah regangan dan mengambil kalisum yang mencukupi sangat penting. Moganya kekal bertenaga dan tulang temulang saya masih kuat untuk mengampu badan dan segala isi yang akan membesar. Insya-Allah.

Kali ini lebih berhati-hati, tetapi saya banyakkan bergerak turun naik tangga. Bilik kerja berada di tingkat atas juga adalah salah satu usaha agar saya banyak bergerak. Naik dan turun, nanti juga saya akan mulakan berjalan sekitar taman pagi atau petang, untuk memudahkan saya juga dalam fasa terakhir.

Harapnya kali ini juga tidak masalah dalam kehamilan dan kelahiran. Ini juga satu nikmat dan rezeki, mudah-mudahan rezeki ini masih berpihak pada saya.

Salam kasih sayang


 
Salam kasih sayang

Ruang inspirasi

Teks: Masayu Ahmad

Jika saya sudah atau berjaya menyelesaikan 6 matlamat dan 1 misi saya, saya mahu beri hadiah buat diri sendiri, satu mini perpustakaan di rumah. Sekarang ini berkotak-kotak buku berada dalam stor dan juga merata-rata dalam laci.

Juga bilik kerja yang penuh inovasi, jika tidak berjaya, maka tinggal angan-angan sahaja. Juga terapi pada Pesta Buku akan datang, untuk membeli senarai buku-buku yang sudah saya senaraikan.

Tuesday, July 27, 2010

Persediaan bekerja dari rumah

Rujukan: Muka Surat, 93 dan 94, buku Jana RM Dari Rumah
Oleh: Masayu AHmad
Sebelum bertekad untuk berhenti kerja dan memulakan usaha dari rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan sebelum menghantar notis berhenti kerja. Anda perlu jelas apa perancanan karier seterusnya. Sama ada perancangan karier atau bermula sebagai usahawan. Bayangkan situasi begini:

  • Seorang yang sudah menerima tempahan kateriing majlis perkahwinan, perlu membuat persediaan beberapa bulan sebelum majlis berlangsung.

  • Seorang eksekutif perlu membuat persediaan beberapa hari sebelum hadir mesyuarat dan terlibat dalam sesi pembentangan.

  • Pelajar unibersiti yang baru tamat pengajian, seharusnya melengkapkan diri dengan persediaan sebelum memohon pekerjaan dan menyediakan resume yang lengkap. Penyelidikan senarai profil majikan, resume yang lengkap, pengalaman bekerja atau menjalani latihan praktikal adalah asas persediaan.

Tiga situasi ini menggambarkan dengan jelas, bekerja dari rumah juga memerlukan persediaan, bukan sekadar menghantar notis berhenti dan terus bermula. Tidak semudah itu, tetapi ada caranya.

 Baca selanjutnya dalam Buku Jana Rm Dari Rumah…;D. Klik pautan di bawah untuk pembelian.

http://naufalsayang.blogspot.com/2010/07/beli-buku-jana-rm-dari-rumah-tempahan.html

Sudah tiga hari tidak bersiaran

Teks: Masayu Ahmad

Apa khabar suri sekalian? Ada ke yang jengah ke sini, hampa tiada entri baru ;P. Sebetulnya beberapa hari masalah internet, alhamdulillah semalam sudah ok. Biasanya berpagi-pagi saya meninggalkan entri di sini buat hidangan tetamu yang datang.

Dalam beberapa hari ini, saya perlu fokus menyiapkan manuskrip, doakan agar segalanya lancar sebelum saya cuti bersalin. Sekejap sahaja 4 atau 5 bulan lagi belayar lah saya. Satu lagi amanah yang perlu dipikul. Makanya akan bertambah jugalah ruang masa saya untuk si kecil dan ditambah dengan tiga kanak-kanak riang sedia ada.

Apa perancangan saya?

Ya, sebelum kemunculan seorang lagi bayi riang, makanya dalam kepala saya sedang merancang-rancang beberapa pendekatan. Ia perlu kerana jadual kerja saya berterusan sepanjang tahun. Walau nampak sibuk, sebenarnya kesibukan yang terurus. Kadangkala tidak sibuk, tetapi sebenarnya sangat sibuk. Untuk tidak terlalu berfikir dengan had waktu, maka saya bergerak seperti biasa sahaja ;D.

Ya, sebetulnya tiada perancangan untuk menambah bilangan ahli, makanya terima dengan kesyukuran dengan rezeki ini. Jadi saya selepas ini sememangnya betul-betul perlu mengurus masa dengan cemerlangnya. Sekarang ini masih sederhana prestasi saya, memandangkan asyik terbabas masa menghantar manuskrip. Sepatutnya sudah siap manuskrip ke dua untuk Oasis Buku Sdn. Bhd. Nasib baik kakak editor sangat baik hati, tidak dikejar saya. Tetapi saya sangat cemburu setiap kali ke sana, ada sahaa kulit muka buku (cover) yang baru. Alahai, ini membuatkan saya teruja campur cemburu. Masa takkan menunggu saya, jadi saya perlu laju seperti kuda sedang berlari, kalau laju seperti cahaja merentas masa juga sangat bagus.

Makan fikir manuskrip, tidur fikir manuskrip, tetapi lena tetap lena :P. Selepas itu saya menyesal tak sudah kerana gagal menyiapkan senarai untuk hari ini. Ok, sekarang motivasi saya sedang meluap-luap, tidur juga sudah tidak lena. Malam-malam selalu terbangun kerana berfikir, takut gagal menyiapkan kerja mengikut tempoh masa. Dalam masa lima bulan inilah saya ada, kerana bulan 1 dan dua berehat, kemudiannya bulan tiga dan bulan April 2011 sudah Pesta Buku. Oh, oh, sungguh senak hati saya memikirkan perjalanan masa yang begitu pantas berlalu.

Apa-apapun doakan agar segala apa yang saya rancang dan sedang laksanakan ini selesai mengikut perancangan. Harapnya juga bayi akan keluar selepas selesai apa yang saya kerjakan sudah siap sepenuhnya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Friday, July 23, 2010

Diari super mama- http://keloncot.blogspot.com

Nota; Ingat lagi tak saya sedang mencari lima penyertaan, berbentuk luahan, diari atau catatan harian ibu, wanita, sama ada bekerja atau suri rumah. Semasa bersiar-siar terjumpa artikel ini di http://keloncot.blogspot.com/ jadi buat tuan empunya blog, boleh memberikan nama penuh (mengikut ic), dan hantarkan alamat ke masayu2010@gmail.com

Saya masih mencari empat lagi diari harian wanita tidak kira suri rumah atau bekerjaya. Ini adalah salah satu luahan super mama, yang banyak perkara yang perlu dilakukan serentak sehari. Penat. Ya memang penat. Semua wanita mengalami dilemaa yang sama, mencari keseimbangan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja. Semuanya perlu berjalan lancar, setiap hari penuh dengan aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pemilik artikel ini layak menerima buku Jana RM Dari Rumah. ;D


http://keloncot.blogspot.com/2010/07/menghadapi-bulan-puasa.html

Hari ini 20 Julai 2010 bersamaan dengan 7 Syaaban.. Sudah 7 hari di bulan Syaaban, maka selepas ini semua umat islam akan berpuasa di bulan Ramahdhan.. Di bulan Rejab dan Syaban ini saya percaya ramai yang menghabiskan puasa-puasa yang wajib diqadakan sebelum Ramadahan menjelma.. Saya pun tidak terkecuali masih ada 1-2 hari puasa yang belum diganti sebelum bermula Ramadhan..


Semalam antara hari saya mengantikan puasa, bermula bulan Rejab, hari isnin dan khamis saya sudah mula berpuasa walaupun ada juga hari yang skip.. Tetapi semalam terasa betul keletihannya, sampai rumah pukul 6.30 ptg setelah mengambil abang Uzair dan Sarah.. Baru mula hendak mengeluarkan lauk dari peti ais, si budak berdua ini pulak dalam mood yang tidak baik, merengek-rengek si Sarah di nyakat abangnya... Si abang Uzair tidak mahu mandi pula....

Mengeledah bag Sarah untuk mengeluarkan baju kotor , CD dan susu botol untuk diasingkan dan di cuci. Sambil masak ala kadar, mula memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.. Si Uzair masih tak mahu mandi..

Abang Uwais mula balik ke rumah dalam pukul 7.10 malam... Dalam hati nasib baik, dia tidak banyak karenah terus mandi dan memakai baju.. Abang Uzair pulak kene paksa mandi, selepas tu baru memakai baju.. Makanan dihidangkan dalam pukul 7.30 malam untuk kami makan malam....Waktu makan cik Sarah sudah menyepahkan tempat makannya, walaupun apa yang dimakan sedikit sahaja....Selesai makan nasi, makan dessert yogurt calciyum pulak, nie antara makanan feveret mereka bertiga :P

Lebih kurang pukul 7.50 malam, ayah baru sampai rumah dan terus solat. Aku masih tak solat lagi, menyusukan Sarah pulak.. Tempat makan tak sempat nak dikemas dan biasanya ini diserahkan kepada ayah, kalau nak tunggu aku tak solat Maghriblah jawabnya.. Sambil berbaring menyusu Sarah, terasa betul penatnya berpuasa hari tersebut..

Selesai maghrib dan isyak, aku terus tidur bersama Sarah, abang Uzair dah tidur dulu, abang Uwais pulak tak tertengok ada homework ker apa.

Pukul 9.00-9.15 malam anak-anak dan aku dah ZZZZZzz ..Pukul 5 pagi aku bangun, jemur kain, basuh botol susu, mengoreng nasi lebihan semalam, buat air dan menguruskan barang2 Sarah untuk dibawa ke nursery, 6.45 pagi kene keluar rumah ke pejabat pula...

Aku mula terdetik dalam hati, esok bermula Ramadhan macam mana aku nanti, anak2 mesti kene ambil lagi awal, bulan puasa kalau paginya memang kene lebih awal sebab jammed luar biasa dan ayah pulak walaupun kuar awal tetapi kebiasaannya sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Kalau nak masak macam tak larat jea, nak beli kat pasar Ramadhan? tak tahu kedai mana yang best dan bersih....hmm ada idea?

Aku planning nak ambil supplement yang dicadangkan untuk berpuasa oleh N di blog addinasa, ESP dan Performance drink. Kadang-kadang aku terlupa nak makan :P dan bila badan dah letih nie mula la teringat nak makan. Selain memberi tenaga, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu, yealah kita kan nak bagu susu badan yang berkualiti untuk anak. Kita juga nak menjaga kesihatan kita, mak sihat baru boleh menjaga anak dan keluarga.
Apa-apa pun minta dipermudahkan menjalani ibadah puasa nanti.

Nota: Peraduan buku inspirasi masih lagi berlangsung.

Ulasan Jana RM Dari Rumah-http://www.ulfanur.com

Latifah Ulfa Ismail adalah salah seorang peserta yang pernah menyertai peraduan buku inspirasi yang pernah saya anjurkan buat kali pertama. Bagi mereka yang sudah membeli buku ini boleh melihat perkongsian pengalaman beliasu sebagai wanita bekerjaya, isteri dan ibu pada muka surat 41 hingga 44.

Terima kasih buat Puan Latifah kerana menyertai ulasan buku Jana Rm Dari Rumah. Saya menghargainya.

Jejak blog peserta ulasan buku Jana RM Dari Rumah:http://www.ulfanur.com/2010/07/jana-rm-dari-rumah.html


Sejak bergelar ibu, impian saya hanyalah mahu melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya sendiri. Saya mahu menjadi orang yang pertama menyaksikan setiap pencapaian pertumbuhan mereka. Namun, tuntutan ekonomi tidak memungkinkan hanya suami sahaja keluar bekerja sedangkan kami mempunyai 1001 impian terhadap anak-anak. Justeru itu, saya harus turut bekerja.

Namun bekerja di bawah majikan tidak memungkinkan saya mencapai saya untuk bersama anak-anak. Jadi untuk itu, saya harus bekerja sendiri dari rumah supaya saya mempunyai lebih masa untuk anak-anak di dalam masa yang sama masih mampu menjana pendapatan.

Di dalam pencarian saya menuju impian ini, saya terjumpa banyak buku seperti ini di pasaran. Namun buku Jana RM Dari Rumah karya Masayu Ahmad ini terasa dekat di hati saya.

Saya telah mengikuti blog Puan Masayu lama sebelum buku ini diterbitkan. Beliau yang mempunyai 3 orang anak lelaki dan sangat meminati bidang penulisan terasa mempunyai banyak persamaan dengan diri saya.

Justeru itu apabila buku beliau ini saya baca, mahu tidak mahu saya banyak bersetuju dengan apa yang beliau perkatakan di dalam buku ini. Buku ini membawa pembaca seperti saya, seseorang yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah, memahami realiti sebenar bekerja dari rumah.

Mungkin pada mereka yang belum bekerja di rumah, mereka merasakan betapa senangnya bekerja di rumah. Tidak perlu terperangkap dengan kesesakan trafik, tidak perlu berhadapan dengan majikan yang tidak menentu moodnya, tidak perlu berurusan dengan karenah kakitangan dan pelanggan syarikat yang memeningkan kepala dan pelbagai lagi. Saya juga berfikir begitu mulanya.

Tetapi setelah mendalami buku ini, barulah saya faham bahawa bekerja dari rumah itu sebenarnya lebih memeningkan dan sangat stress. Bekerja di rumah bermakna kitalah sendiri yang menentukan kembung kempisnya poket kita. Jika mahu pendapatan yang lumayan, maka kita harus bekerja 200% lebih kuat daripada orang lain. Jika kita gagal mengimbangi di antara rumahtangga dan bisnes/kerjaya, maka berakhirlah zaman mewah kita.

Seperti yang saya katakan tadi, penulis banyak berkongsi pengalaman dirinya dan orang lain yang terlebih dahulu berjaya bekerja dari rumah. Bagaimana mereka mengimbangi urusan rumahtangga dan kerjaya adalah isu terpenting yang harus dihadami oleh semua yang berminat dengan kerjaya seumpama ini. Kemudian, pemilihan bisnes atau kerjaya yang sesuai tidak kurang pentingnya kerana ia akan menentukan survival kita untuk bekerja di rumah.

Seterusnya penulis juga berkongsi petua-petua dan tips-tips berguna untuk menguruskan rumahtangga. Ini juga aspek yang penting kerana sekiranya rumahtangga tidak diurus dengan baik, bisnes/kerjaya dari rumah juga akan menerima tempiasnya.

Pembaca juga didedahkan dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka yang bekerja dari rumah, bagaimana menangani cabaran tersebut seterusnya menjadikan cabaran tersebut sebagai motivasi untuk terus sukses. Penulis juga berkongsi bagaimana merangka pelan bisnes dan pelan pemasaran serta pengurusan asas kewangan.

Satu aspek yang saya jarang temui di dalam buku lain seumpama ini adalah bagaimana penulis berkongsi persediaan yang harus dan wajib dilakukan oleh mereka yang bercita-cita bekerja dari rumah. Saya kira aspek ini juga yang akan menentukan sejauh mana kita akan pergi di dalam bekerja dari rumah. Penyelidikan mengenai kekuatan dan kelemahan diri serta peluang dan ancaman sangat penting untuk menentukan sama ada kita benar-benar bersedia untuk menyahut cabaran ini. Seterusnya penyelidikan mengenai bisnes atau kerjaya pilihan juga tidak kurang pentingnya. Persediaan lain seperti aspek kewangan, peralatan, sokongan keluarga dan sebagainya juga harus dimulakan sebelum kita menyerahkan surat perletakan jawatan kepada majikan supaya apabila sudah berhenti nanti, kita tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Saya dapati penulis telah melakukan kajian yang sangat mendalam sebelum menulis buku ini. Begitu banyak idea yang ingin penulis tampilkan sehingga kadangkala ia kelihatan agak tidak tersusun. Ada beberapa bab yang seperti bertindan, misalnya bab 4-Konsep Bekerja Dari Rumah dan bab 5-Pilihan Kerjaya Dari Rumah yang saya rasa isinya lebih kurang sama. Susunan tips-tips di dalam aspek yang sama kadang kala tidak begitu kemas dan bertaburan di sana sini.

Pun begitu, saya kira ini karya pertama penulis yang sangat baik. Masih ada ruang untuk pembaikan dan saya optimis buku penulis yang akan datang, akan menjanjikan sentuhan yang lebih cemerlang. Saya pasti itu. Saya juga sangat berterima kasih kerana penulis memasukkan cerita yang saya tulis lewat peraduan buku inspirasi 2010 (di blog penulis juga) di halaman 41-44 buku ini. Saya sungguh teruja!

Apa pun, syabas Puan Masayu. Sesungguhnya buku yang berkualiti seperti inilah yang seharusnya menjadi santapan minda kita semua.

Nota: Terima kasih kerana memberi pandangan yang begitu telus, berkenaan dengan bab yang dimaksudkan itu akan saya perhalusi semula. Mungkin juga cabaran saya menyiapkan buku ini sebenarnya dalam tempoh sebulan sahaja.
 Biasanya saya mengambil masa 4 bulan untuk tempoh selesa menyiapkan  satu-satu manuskrip. Insya-Allah untuk buku-buku yang lain pada masa hadapan akan lebih teliti lagi. Terima kasih atas ulasan dan kritikan, saya menerima dengan hati terbuka ;D

Thursday, July 22, 2010

Siapa berminat nak attend chit-chat Cloth Diapering?

Pic:http://diapywipey.com/

Ok, blog pilihan kali ini saya pilih blog ini atas usahanya mempromosi dan menggalakkan penggunaan CD, atau bahasa melayu nya lampin kain. Sesiapa yang berminat untuk sertai sesi bengkel kumpulan kecil ini bolehlah berbuat demikan. ;D

Nota; Sesiapa yang berminat dengan tajuk di atas sila klik ke empunya blog hanz, pautan di bawah.

http://thehoneybunch.blogspot.com/2010/07/cloth-diapering-chit-chat-borak-santai.html

Me ada satu passion. Selain suka chameleon dan bercita-cita nak bela chameleon, me juga suka Cloth Diaper. Memanglah bukan me yang pakai, tapi suka tengok my Baby Hambali yang pakai. Me rajin basuh, belek-belek, masukkan insert dalam poket, rajin mengushar CD, rajin buat self-research, rajin jawab soalan pasal CD dan tidak dilupakan rajin juga membeli.

Oleh sebab itu, me rasa sudah tiba masanya me nak buat meet-up, ala2 get-together, macam sembang-sembang tu kan untuk semua peminat CD! Eh, bukan peminat CD sajer, yang penting pada sesiapa yang mahu tahu lebih lanjut pasal CD, segalanyer tentang DUNIA CD-ing, mari kita sama2 kemukakan pada Hanz! Eih, Hanz itu bukan me ker?


Why nak buat ni?


Out out my passion, out of my concern & simply sharing! Ooopsss..gini ceritanyer...me receive quite of numbers Qs dalam email, FB, face-to-face dan segala bentuk soalan pasal CD-ing ni. Tak semua orang boleh jadi macam Hanz, gi berguru CD sendiri jer! (Perasanlah tu!) No..itu memang kenyataan sebenarnyer coz itulah me, my character, kalu me minat pasal sesuatu, me akan go all out cari ilmu sebanyak dan sebaik mungkin. (Eih, ni nak cerita pasal aper ni?)

Anyway, me sangat-sangat memahami tentang sesetengah ibu-ibu di luar sana, ada yang berhajat nak ber-CD tapi tak tahu bagaimana dan dengan saper nak rujuk. Nak rujuk dengan penjual CD? Ada penjual CD yang sangat berhemah dan sangat membantu dan ada juga yang bo-layan jer. Betul tak? Ada tu pula sekadar nak jual produk dia jer. Tapi dalam DUNIA CD ni sebenarnya luas. Banyak yang boleh dipelajari (macam kat sekolahlah pulak!) dan sebenarnya banyak kebaikan dan kelebihan kita boleh dapat dalam ber-CD ni. Cuma nak kena tahu caranya. (Eh, Hanz nak kongsi tips ker?) Dan, sebenarnya tak susah mana pun ber-CD ni.

Dah ramai kengkawan yang menggalakkan me buat chit-chat ala2 workshop ni dan ada yang dah beritahu nak attend. So, why not?

So, how about U? Berminat? Me bukan nak jual mana2 brand CD tau, just me akan bawa few collections untuk contoh, me buat nota sempoi sambil kita sembang-sembang dan kunyah biskut.


Kalu berminat, tinggalkan tanda minat tu kat entry ni ya. PLEASE tinggalkan email address, senang me nak further contact. Bolehlah jugak kasi tahu apa yang akan dijangka dan expectation dalam chit-chat ni, so boleh me prepare. Kalau ada banyak soalan lagi bagus, just kasi tahu,ok? Maybe small fee akan chargeable just nak cover modal air liur Hanz, nota sempoi dan sewa tempat. Cepat tau! Kasi tahu kat kengkawan jugak.

Details

Date : 8th of August (Sunday)



Time : 4 - 6 in the evening


Venue : Wisma Bling Lustre, No. 47, Jalan Meranti Jaya 3/1, Tanming Boulevard, Taman Meranti Jaya, Puchong.


By Who : Hanz
Fee : RM15 (Notes & Snacks included) on that day itself


Who should attend : Anybody who likes to know more about cloth diapering, just started cloth diapering and even Cloth-Diaper Addicted like Hanz!


Medium : Malay + English + Bahasa Rojak


Topics to chit-chat :


Why parents must favour cloth diaper?


How to start cloth diapering for newbies


Getting to know all types of cloth diapers and its accessories


Caring your cloth diapers


Making Cloth Diapering Journey suits your lifestyle

This chit-chat gathering is very informal. Please feel free to bombarded me with many questions on that day itself and and if I unable answer your inquiries, I can always refer to other Cloth Mamas later. Oh, even if you attend this & have some tips & tricks, I bet me & other moms would love to hear that.
This is sharing session for everyone. Let's make it happen!
http://thehoneybunch.blogspot.com/2010/07/cloth-diapering-chit-chat-borak-santai.html

Cara melayan emosi dan motivas turun naik

Teks: Masayu Ahmad

Tidak mudah sebenarnya untuk mencapai bebas kewangan, bebas tekanan dan bebas segala-galanya. Perjuang menjadi seorang wahm atau soho memang tidak mudah. Tetapi pendakian adalah jalan-jalan yang perlu dilalui. Pahit, manis, emosi jatuh, perasaan tenggelam timbul, motivasi merudum adalah perkara biasa. Mana ada kejayaan dalam masa satu hari.

Seorang bayi lahir sudah tentu banyak perkara yang dicerap, dirangsang, dipelajari dan dipengaruhi. Ya, tidak semua wahm akan sukses dan tidak semua soho akan gagal. Banyak faktor yang mempengaruhi

Sokongan suami

Suamai adalah pengiring utama sebelum suri mengambil keputusan mahu bekerja dari rumah atau memulakan usaha sendiri. Suamilah sandaran kewangan pada masa-masa getir. Suami juga adalah tempat berkongsi rasa bangga apabila kalian berjaya.

Sandaran kewangan

Kewangan adalah salah satu faktor penting mengapa yang mahu menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Matlamat usaha perlu realistik dengan apa yang ingin dicapai.

Fasa 1

Dua tahun pertama adalah tahun-tahun pengenalan bagi saya sebelum sebagai wanita bekerja dari rumah. Tetapi setahun sebelum berhenti, setiap hari minggu saya adalah menghadiri bengkel penulisan dan juga seminar-seminar yang berkaitan dengan bidang yang dipilih. Saya mahu ulangi ada 6 matlamat dan 1 misi yang perlu saya selesaikan dalam Fasa 1 ini, iaitu selama dua tahun.

Fasa 2

Fasa 2 akan bermula September 2010 dan termasuk kiraaan bulan-bulan berikutnya selama dua tahun lagi  dalam pembangunan karier saya. Sama ada saya sukses atau tidak, adalah terpulang pada selesainya 10 matlamat dan 1 misi saya dalam tempoh fasa 1. Insya-Allah. Saya masih dalam proses permulaaan dan perkembangan, bukan lagi kejayaan. Mari sama-sama bergandingan dengan saya, senaraikan matlamat kalian untuk fasa 1 dan fasa 2. Sama-sama kita usahakan.


Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/

Menulis matlamat, lagi dan lagi


Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Berapa kali dalam setahun kalian menulis matlamat, awal tahun, hujung tahun atau tengah tahun. Matlamat adalah salah satu cara untuk kita mengurus kehidupan. Apa yang ingin dicapai secara peribadi, keluarga, kerjaya, kewangan, ibadah dan apa sahaja.

Menulis matlamat

Menulis matlamat adalah salah satu cara untuk memberi gambaran tepat apa yang anda inginkan. Mungkin akan dicapai dalam jangka masa pendek atau panjang. Apa matlamat bagi seorang wanita, habis belajar, sambung belajar, berkahwin, siapa jejaka idaman, berapa pendapatan setahun, apa aset yang diinginkan, di mana tempat untuk kehidupan hari tua, mahu kerja swasta, kerajaan atau kerja sendiri.

Senaraikan

Senaraikan apa matlamat kalian, seorang suri rumah mempuyai matlamat mahukan anak-anaknya perlu khatam quran sebelum usia lima tahun. Itu adalah matlamat. Seorang wanita berkarier, mahukan pendapatan 20 ribu hingga RM 50 ribu sebulan itu juga matlamat.

Apa strategi

Apa strategi yang akan anda lakukan apabila sudah mempunyai matlamat. Strategi sudah tentu mendorong dan membantu anda melalui jalan-jalan yang betul, jalan yang menyokong, laluan yang mencabar untuk mencapai matlamat

Kepuasan

Kepuasan adalah salah satu misi penting dalam mencapai matlamat. Jika seorang suri rumah sudah berjaya melatih anak-anaknya khatam dan menghafaz quran pada usia yang masih muda, satu kepuasan yang tiada nilainya. Seoarang usahawan wanita mencapai sasaran pendapatan RM10 ribu sebulan, itu juga satu kepuasan apabila mencapai apa yang diinginkan.

Saya ingin berkongsi, apa yang ditulis oleg Dr. Irfan Khairi dalam bukunya Nota Jutawan Nota Motovasi

Menulis matlamat, secara tidak langsung ia akan dirakamkan ke dalam minda (secara sedar). Kemudian akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.

Menulis sekali tidak mencukup, perlu ditulis berulang kali. Tulis lagi, lagi dan lagi. Tulis semula matlamat.

Wednesday, July 21, 2010

Program Usahanita- Lawatan ke Thailand

Sumber: Presiden USAHANITA MALAYSIA, Faridah Jabbar


Salam untuk semua, bersama ini disertakan acara program yang akan disediakan semasa lawatan ke Thailand - Dapur Thai.

Dengan ini diperlukan penyertaan dari sesiapa yang berminat dengan segera dan membantu utk menyebarkan informasi ini kepada teman-teman ,keluarga dan sahabat-sahabat.

Program:

Hari 01 Bangkok – Thailand (04/08/2010)

Berhimpun di KLIA Sepang untuk penerbangan ke Bangkok . Setibanya di Bangkok, selepas pemeriksaan imigr...esen dan kastam, anda akan disambut oleh wakil kami dan sebelum di perkampungan Muslim(Lamsai Farn) kita akan dibawah bersiar siar Kota Bangkok dan juga tempat keistemewaan disekitar.

· Makan tengahari,Perkampungan Muslim(Lamsai Farm),Taklimat,Makan

Malam,Kelas Masakan Thai – 5 jenis Tidor



Hari 02 Homestay (SP/MT/MM)

· Breakfast,Program bercucuk tanam / pertanian (Mini Farm),Makan

tengah hari, Tut pokok bunga/buah-buahan(bud grafting),Makan

Malam,Program Masakan Thai - 5 jenis (malam)



Hari 03 Homestay (SP/MT/MM)

· Breakfast,Lawatan ke Kebun buah buahan, Lawatan ke pasar tani

Thailand, Lawatan ke Industry Kecil(Cottage Industry), Makan Malam

diatas kapal, aktiviti2 malam dan acara bebas



Hari 04 Homestay (SP/MT/MM)

· Perjumpaan dengan Duta Malaysia di Thailand, Perjumpaan dengan

Persatuan Usahawan Wanita Thailand, Program membuat makanan

ternakan dan ikan. Program menternak ikan (mini pond),Belajar

membuat baja sendiri



Hari 05 Homestay (SP/MT/MM)

' Lawatan ke Barangan borong (Whole Sales Outlet, Floating

Market,acara persendirian,Taklimat post-mortem, Majlis Perpisahan

bersama keluarga Muslim Thai



Hari 06 Homestay – Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi (Thai Muslim), acara bebas, membeli belah utk terakhir dan bertolak ke lapangan terbang Suvannaphumi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Pakej Tidak Termasuk: Pembelanjaan harian yang tiada dalam program

Tempahan tempat diperlukan segera dari peserta yang berminat dengan segera hubungi Puan Rohana Tahir 019-2406736

Apa yang membuatkan wanita gembira dan bahagia

Teks: Masayu Ahmad

Sink sentiasa bersih dan wangi

 Sangat seronok apabila bangun pagi, sebelum memulakan memasak hidangan sarapan, dapur dalam keadaan berkilat cantik. Sinki sentiasa kosong dan bersih. Satu tenaga luar biasa yang muncul. Antara perutan yang boleh dilakukan ialah, mempastikan dapur dalam keadaan bersih sebelum menutup operasi pada malam tersebut.

Tetapi bagaimana pula seorang wanita bekerja yang sentiasa sibuk dan kepenatan. Tidak memasak tidak semestinya sinki sentiasa berada dalam keadaan kosong. Satu terapi pagi wanita apabila melihat sinki sentiasa bersih dan kosong, ia membuatkan diri rasa tenang dan relaks. Berbeza keadaannya apabila dapur sudah lama tidak di lap, pinggang mangkuk periuk belanga penuh di singki untuk diselesainkan. Antara tip ialah, mengamalkan terus membersihkan dapur selepas memasak dan selesai menjamu selera. Mohon kerjasama setiap ahli keluarg menguruskan pinggan mangkuk yang digunakan sendiri.

Pengurusan pakaian yang teratur

Antara keluhan biasa ramai wanita ialah, sudah membasuh pakaian tetapi menjadi masalah ialah melipat, menggosok dan menyimpan dengan teratur. Paling tidak digemari pula, sudah canti-cantik bersusun, anak-anak dan suami suka hati pula mengambil dan membiarkan keadaan tidak seperti asal.

Juga keadaan timbunan pakaian yang tidak berbasuh dan sudah selesai dibasuh. Ada wanita yang gemar menguruskan pakaian mengikut hari-hari tertentu dan ada pula setiap hujung minggu. Apa pilihan kalian, pengurusan pakaian adalah antara keutamaan penting agar rumah sentiasa nampak kemas dan bersih. ;D


Tuesday, July 20, 2010

Mendaki lagi

Foto:www.fotomedia.com.my/forum/
Teks: Masayu Ahmad
Bangun pagi ini, jalan tar di depan rumah masih basah. Curahan hujan semalam dan dinihari memberi impak segar waktu pagi. Bukan sahaja kabus tetapi suasana pagi yang damai. Alhamdulillah untuk nikmat kesihatan hari ini.

Saya cepat masa berlalu, tidak lama lagi ramadhan akan menjelma. Juga sudah melewati pertengahan tahun. Sungguh. Rasanya sangat pantas tidak dikejar oleh hambatan masa. Pun begitu, tugas perlu diselesai satu persatu. Saat ini juga saya memerlukan momentun dan cerapan motivasi yang tinggi. Tidak mudah dan tidak mahu mengalah. Moganya dengan kudrat yang ada ini, mampu menyelesaikan tugasan dengan baik. Saya ingin memetik kata-kata motivasi daripda buku nota jutawan, nota motivasi tulis Dr. Irfan Khairi.

Tangga kejayaan...tangga yang betul?

Salah satu soalam penting anda perlu tanya pada diri sendiri adalah:

" Adakah saya memanjat tangga kejayaan yang betul?"

Sering terjadi di kalangan kita, seday upaya berusaha memanjat tangga kejayaan. Tetapi, apabila sampai puncak tangga tersebut, baru kita sedar... tangga kejayaan yang kita panjat ialah tangga yang salah.

Di sinilah terjadinya keadaan seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi sebenarnya terperangkap dalam kejayaan tersebut sehingg terpaksa mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

Tetapkan matlamat anda terlebih dahulu, tangga kejayaan yang mana satu perlu anda panjat?

Muka suart 7, Nota Jutawan Nota Motivasi

Salam kasih sayang


Terima kasih umi hanie-http://ummi-hanie.blogspot.com/

fasa alam kubur

Kematian

Malam pertama

Proses

Perjalanan jauh

Monday, July 19, 2010

Aktiviti kanak-kanak riang

Teks: Masayu Ahmad

Banyak cara dan pendekatan untuk mendidik anak-anak di rumah. Sudah tentulah ada imbangan antara ilmu akhirat dan ilmu dunia. Laman web dan juga blog ibu-ibu yang memberi informasi dan perkongsian pengalaman sudah tentu salah satu cara untuk kita mengambil dan mencerap apa cara terbaik untuk anak masing-masing.

Saya sendiri juga dalam proses melatih dan mencari pendekatan yang sesuai untuk Hakim, Arif dan Aiman. Paling mencabar adalah Hakim, kerana dia tidak mahu fokus dan berlama-lamaan belajar sesuatu perkara. Tetapi saya tahu, Hakim seperti saya cepat dan mudah bosan dalam sesuatu perkara. Mula mencari perkara baru atau suasana baru. Apabila saya ubah kedudukan bilik bekerja, mereka turut seronok. Sudah tidak boleh dipisahkan, di mana ibu, di situlah lokasi kanak-kanak riang bertiga. ;D

Dalam beberapa minggu ini sudah banyak perubahan pada Hakim. Aiman sangat cepat, pada usia 2 tahun 5 bulan, Aiman sudah mengingati alif hingga ya. Begitu juga Arif sudah juga ingat dan mengenal alif hingga ya. Walaupun tidak sehabat anak-anak orang lain, usia tiga hingga 4 tahun sudah banyak menghafaz ayat-ayat lazim. Insya-Allah saya masih lagi cuba memberi terbaik pada anak-anak. Hakim al-Fatihah sudah laju, begitu juga ayat-ayat pilihan tertentu, perlu sama-sama membaca barulah boleh diikut dan disambung.

Beberapa pendekatan yang saya lihat beri banyak ruang untuk belajar

Tidak ada siaran tv

Saya rasa kali ini sudah menjejaki 3 minggu siaran tv ditutup terus. Jika tidak anak-anak tidak mahu belajar. Biarlah dia fokus dengan komputer berbanding tv. Apatah tidak suka sangat dengan aksi ultraman, bukan satu, tetapi banyak jenis ultraman. Ultraman gaya, ultraman kosmos, entah apa-apa lagi namanya.

 Bukan sahaja ketagih, tetapi aksi-aksi juga buat saya cukup risau. Saya asyik-asyik terfikir apa cara lagi yang boleh dilakukan membuang ketagih mereka. Pada mulanya hanya sekadar sebentar, tetapi menjadi ketagih, aksi dan watak. Oh, sangat risau.

Ulangan bacaan Alif, ba ta sangat mujarab

Mereka akan mendengar dan menyanyi, ulang dan ulang. Ya lah kadang kala saya sendiri tidak sempat, tetapi pastikan juga setiap hari ada ulangan al-quran. Kelas tahfiz, insya-allah saya akan sambung semula buat Hakim, Arif dan Aiman. Selain sangat suka mendengar  mereka berzikir munjat dalam pelat, surah pilihan dan ayat-ayat Al-quran, saya dapat merasakan mereka secara tidak langsung mudah untuk menerima ilmu yang lain. Saya tidak meletakkan standard pencapaian, cukup sekadar setiap hari ada sentuhan dan pemantauan.


Perubahan Hakim

Semasa menghadiri satu seminar bulan lima dahulu, antara petua yang diberi penceramah untuk anak-anak yang aktif, lasak, dan banyak keletah (bukan nakalnya, ibu-ibu jangan sesekali menyebut anak nakal, doa ibu sangat mujarab), gosok di ubun-ubun kepala, baca Ya-Syafiq, Ya- Syafiq setiap malam ketika menidurkan anak.

Alhamdulillah, sekarang Hakim boleh lihat perubahannya, bangun pagi sudah tahu apa yang ibu suruh, mandi, makan dan buat kerja sekolah. Ayat-ayatnya juga sudah menyejukkan hati,

"Saya sayang ibu," datang peluk-peluk, jika sudah tahu ibu sudah mula naik angin. Terus sejuk.

 "Baiklah" atau " yalah-yalah," apabila di suruh.

"Hakim mandi ya bu,"

Hanya kadangkala sahaja memang suka mengusik-usik Arif dan Aiman. Itu sudah lazim kanak-kanak, jika diam tidak meriah pula.

Itulah cabaran, bukan sekadar suri rumah, tetapi bertindak juga sebagai guru. Sebagai ibu perlu menerokai ilmu yang luasnya tanpa sempadan. Melihat pula perkembangan anak-anak hari ini yang begitu cepat dan sangat bijak. Melihatkan kanak-kanak lain yang sudah maju, cepat membaca, menghafal al-quran dan surah. Sangat cemburu, tetapi walau apa cara pun tetap berusaha dan berusaha agar anak-anak terdidik dengan ilmu agama/ akhirat dan ilmu dunia.  Menmandangkan saya yang serba kekurangan ini, haruslah berusaha lebih memandangkan amanah ini bukanlah satu amanah yang mudah. Apapun tetap berusaha mencari pendekatan yang terbaik buat anak-anak.

Satu artikel yang saya baca, sudah lupa nama web tersebut. Melatih anak-anak solat lima waktu sebelum usia lima tahun dan sebelum usia tujuh tahun sudah dibiasakan dengan mengajak anak qiamulail bersama-sama iaitu solat malam, tahajud dan sebagainya. Maghrib dan isyak nampaknya sudah tidak ada masalah, memandangkan sudah dibawa si ayah ke masjid dan surau. Cumanya subuh, sudah boleh bermula untuk Hakim. Melentur buluh biar dari rebun. Mahu istiqamah buat anak-anak, sudah tentu ibu bapa sendiri yang perlu istiqamah terlebih dahulu. Betapa masih ceteknya amalan, semoga hamba ini diampunkan dosa-dosanya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan

Sumber dari sini:  http://www.faizalr.com/2005/09/peristiwa-israk-mikraj

Peristiwa Israk Mikraj


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil.

Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.

Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Saturday, July 17, 2010

Sedapnya kalau dapat pulut mangga


Teks: Masayu Ahmad

Semalam berjaya juga buat bubur kacang, makan pula bersam roti putih. Arif dan Aiman baru bangun tidur, berselera makan. Kalau dah mak buyung kan, asyik-asyik terfikir pasal makan aje. Kali ini rasa terliur pula mahu makan pulut mangga. Tetapi saya tak pernah buatlah. Biasa kalau nak makan pergi sahaja ke Kampung Baru. Di situ ada gerai yang jual pulut mangga yang sedap.

Tiga bulan pertama biasanya tawar sahaja lidah, memasuki bulan ke empat saya mula mahu makan macam-macam. Kebanyakan manis-manis. Tetapi insya-allah masih terkawal, ambil sekadar sahaja.

                                     
                                                                       Pic: Google

Siapa pernah makan lompat tikam? Ini salah satu makanan atau menu orang Kelantan. Saya suka makan pulut, santan dan gula melaka sahaja. Yang warna hijau tu ambil sedikit sahaja. Kalau makan seperti dalam gambar ini pun sedap juga. Mana nak cari? Lambat sungguh balik kampung.

Sekian dahulu ulasan makanan manis untuk hari ini ;P

Friday, July 16, 2010

Take Me Home menawarkan pelbagai koleksi busana Hari Raya

Teks: Masayu Ahmad

Ramai yang membuat persiapan awal, mahupun saat akhir. Ely membuka satu lagi pilihan kepada wanita dan suri yang ingin tampil menawan sempena musim perayaan. Suri boleh sahaja membuat pesanan melalui online atau mengunjungi pameran jualan yang diadakan.

Mari kita lihat pilihan busana yang ada. Sesuai untuk persiapan musim perayaan, pakaian harian, majlis keraian dan juga pakaian ke pejabat.





Kalian boleh singgah di
                                                         http://bawakupulang.blogspot.com/

sedapnya coklat

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Sedapnya hujan-hujan begini pekena kopi panas atau teh o panas, teh tarik pun ok. Sekarang ini minda saya terbayang-bayang coklat yang sedap dan lazat. Siapa-siapa baik hati boleh lah kalau mahu belanja saya. Kadang-kadang apabila asyik bekerja, rasa mahu mengunyah sesuatu. Tadi teringin makan bubur kacang, makanya saya ke kedai sekejap mencari kacang hijau dan gula melaka. Baru rendam, petang sikit bolehlah mulakan operasi

Sudah ada roti putih bolehlah dicicah dengan bubur kacang. Kalau letak durian lagilah sedapkan. Buat lagi teh o panas. Apa yang saya sudah melalut, selamat minum petang. Saya mahu beransur dulu.

 

Thursday, July 15, 2010

Memori bulan puasa

Teks: Masayu Ahmad




Tidak lama lagi bulan puasa akan kunjung tiba, sudah semestinya kemeriahan bulan puasa kini tidak sama ketika masa kanak-kanak. Bermula sahur sehinggalah tamat tarawih. Makanan, suasana, kemeriahan, masya-Allah saya sudah terbayang-bayang.

Setiap kali sahur, emak (arwah) akan sibuk di dapur. Bunyi kelakang kelekung, memang rindu mahu merasa memori seperti dulu.

Mata terpisat-pisat apabila dikejutkan emak. Walaupun mengantuk, makan tetap berselera. Kerana apa, kerana hasil air tangan emak.

Ketika masih kanak-kanak, dugaannya memang lah berat. Dulu-dulu masa siang hari rasanya sangat panjang, jika dibandingkan dengan sekarang. Bangun pagi tengahari, petang sudah maghrib. Kalau mahu menahan lapar tu selalunya saya asyik-asyik mandi, kalau tak pun tidur. Sudah namanya budak-budak kan.

Kalau petang tu, selalunya tugas saya beli air batu (ais ketul) yang berbentuk empat segi. 20 sen sahaja harganya. Masuk dalam plastik gelenya atau plastic rok rak (bahasa kelate), sampai rumah letak dalam bocong merah.

Menjelang mahu berbuka, biasanya kalau minuman istimewa adalah air kelapa. Mudah sahaja, keliling rumah saya memang banyak pokok kelapa, tiada masalah. Kalau lauk pauk memang lah mewah, sebab ayah nelayan. Ikan segar seperti kerisi akan dibakar dengan tempurung. Kalau mahu lagi sedap, emak akan perap satu malam dan untuk sahur makan ikan kerisi gemuk yang diperap. Makan bersama nasi panas-panas. Memang terbuka selera.

Jika ada ikan selar atau kembung yang besar-besar, emak akan buat ikan percik. Lauk pauk Alhamdulillah, rezeki kami anak nelayan.

Kuih muih biasanya emak akan buat belda telur, atau namanya agar-agar santan. Selalunya juga pengat pisang dan juga sira pisang. Istimewa lagi kalau ada air tuak atau nira kelapa. Ini bukan tuak yang masam dan mabuk ya. Ini minuman istimewa bulan puasa, biasanya boleh dapat murah, kerana bapa saudara menjual nira kelapa. Aduh sedapnya.


Tidak lupa buah melaka atau dikenali juga ondeh-ondeh, atau suami saya panggil buah kekoh car ;D.

Kalau malam hari memang lah meriah, semua berduyung-duyung mahu ke surau atau masjid. Balik dari masjid, tidak sah kalau tidak beli colek buah, atau colek keropok. Alahai suasana ini tergambar-gambar dalam kepala saya sekarang. Betapa indah sungguh kenangan masa kanak-kanak.

Menjelang petang sebegini, emak sudah sibuk di dapaur. Kita di ruang tamu hanya menghidu sahaja aroma wangi, masakan emak dari dapur. Sungguh menggoda. Saya masih terbayang. Keenakan masakan emak tidak akan sama oleh sesiapa sekalipun.

Paling saya suka juga ialah lawa (kerabu ikan), masya-allah boleh ratah macam itu sahaja. Setiap kali balik arwah akan membuatkannya. Itu menu wajib kegemaran saya. Manakala abang pula suka tapei pene (apatah namanya lupa). Anak-anak masing-masing buat permintaan kalau mahu balik berbuka.

Satu lagi acara wajb adalah, majlis berbuka puasa, biasanya ayah akan memanggil orang-orang kampong dan tetangga untuk berbuka puasa. Ini adalah aktiviti wajib setiap kali bulan puasa.

Paling seronok juga ialah hidangan set lengkap nasi kerabu. Berbuka nasi kerabu, masya-allah sungguh sedap. Sekarang ini kalau mahu makan itu ini, bolehlah suruh kakak yang sulung. Nasib baik dia pandai dan rajin di dapur. Serah sahaja pada pakar, semua terhidang. Tetapi saya tetap dan sentiasa merindui arwah. Di tambah-tambah pula kedatangan ramadhan kali ini, adalah kali ke dua ramadhan ayah tanpa arwah

Saya rindu, ayah lagilah rindu terhadap arwah. Al-fatihah buat arwah emak. Sentiasa dekat di hati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kedai yang dulu dijadikan tempat mengajar mengaji (ketika arwah masih hidup), masih lagi ada. Kosong dan sepi.

Al-Fatihah buat arwah Rakiah Daud.

Pergi jauh-jauh penyakit malas

Teks; Masayu Ahmad
Pic: Google

Sesungguhnya kemalasan melanda, tetapi mahu atau tidak 'kesibukan' juga melanda. Banyak cara untuk mengatasi masalah malas ini antaranya menjengah blog atau laman web yang penuh motivasi.

Saya bukannya mengalamai writer's block, tetapi penyakit M yang menjadi-jadi. Idea menerjah-nerjah mahu dikeluarkan, susunan bahan tulisan juga bersedia untuk dicuit-cuit mesra. Saya sudah merangka perjalanan jadual penulisan daripada awal, jika betul-betul saya mengikutinya memang semua siap tepat pada masa. Tiada alasan lain lagi selain malas.

Godaaan bekerja dari rumah

Tv

Salah satu cabaran dan godaan utama ialaha suasana sekarang adalah dingin dan sofa empuk juga melambai-lambai. Sekarang saya seupaya tidak tidur siang. Cabaran menonton tv sudah pun berjaya saya lepasi sejak awal tahun. Maksudnya bulan seterusnya saya tidak menonton. Dulu cukup suka tengok oprah talk show dan the biggest loser. Jam 1 tengahari hingga 3 saya sudah mula terpacak. Ya, saya akui dua rancangan ini adalah sebuah rancangan yang penuh info dan motivasi. Tetapi daripada satu sudut banyak masa saya rugi di siti.


Tidak berpoya-poya di jalanan

Saya juga telah berjaya menghadkan masa untuk berada di luar dalam tempoh yang lama. Sebolahnya masa adalah untuk anak-anak dan juga untuk menulis dan membuat penyelidikan sahaja. Alhamdulillah juga yang ini saya akui sudah berjaya melepasi. Apa-apa gangguan jualan murah dapat ditepis dengan mudah.

Jadual perancangan sepanjang tahun

Sebetulnya saya membuat jadual kerja sebelum awal tahun menjelma iaitu Disember sebelum tahun baru dan akan dikemas kini sama ada setiap bulan, suku tahun dan pertengahan tahun. Saya ada 10 matlamat yang perlu diselesaikan, baru sahaja 4, tinggal lagi 6. Dalam tempoh berbaki 6 bulan lebih sebelum tahun 2011, saya perlu buang jauh-jauh perasaan malas. Ada satu lagi misi yang belum berjaya. Saya kini berhutang dengan diri sendiri 6 matlamat dan 1 misi. Jika ini selesai, aduhai merdeka buat seketika. ;D

Saya menyeru angin rajin terus meresap ke dalam tubuh badan sekarang kerana 6 matlamat dan 1 misi ini mahu juga dikerjakan sehingga selesai.

Salam kasih sayang

http://www.masayuhamad.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin