Teks: Masayu Ahmad
1. Ruang pejabat citarasa sendiri. Anda boleh sahaja memilih ruang mana yang anda gemar, lebih besar daripada pejabat anda dahulu, dengan kelengkapan peralatan yang anda mahukan.
2. Tiada gangguan rakan sekerja. Anda boleh sahaja memberi fokus kepada kerja anda tanpa perlu memberi peluang orang lain menggangu anda. Anda boleh sahaja tidak perlu mengaktifkan diri di laman sosial (face book) atau menyatakan tidak mengaktifkan telefon tangan anda.
3. Boleh melakukan aktiviti riadah pada masa-masa yang anda gemari, contohnya pada awal pagi atau pada waktu petang. Kerana ketika wanita lain sibuk ke pejabat anda boleh sahaja berlari-lari di kawasan taman memulakan aktiviti senaman.
4. Anda sentiasa berada di persekitaran keluarga, ketika anak-anak gembira, sedih dan sakit anda sentiasa ada di sisi.
5. Boleh menemani anak-anak makan hampir setiap masa, bermula sarapan, tengahari, minum petang dan makan malam. Nilai masa dengan aktiviti keluarga yang tinggi.
Nota: Dalam beberapa hari ini, saya dapati blog saya mengalami beberapa gangguan. Sekiranya blog ini hilang, tahulah anda mahu cari saya di mana, carilah di laman sosial (facebook). Situasi blog hilang amat kerap berlaku.
4 comments:
ya blog saya juga tiba2 tak boleh nak masuk.tak tau kenapa...backup pula kat hard disk pc lama yg power supply dah kong....adusss....
Salam Kak Mas.
Memang selalu blogspot kena hack dan boleh hilang. Sebelum blog ni hilang, akak boleh buat back up di wordpress dotcom.
Jika kak mas perlukan bantuan untuk export blog ni ke wordpress, saya boleh tolong.. Insya Allah.
Sayang entry dan komen yang ada jika hilang.
alicesona
salam perkenalan,
kena buat back up cepat-cepat
ustaz
terima kasih atas saranan
akan diusahakan
Salam Kak Mas,
Inilah impian saya 'bekerja dari rumah' sejak mula mengandungkan anak ke2. Yang penting anak2 perlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih dari kita.
Saya dalam persediaan untuk bekerja dari rumah beberapa bulan ni.Kalau orang lain boleh, kenapa saya tidak.Insyallah...
Post a Comment