Memulakan bisnes bunyinya agak serius, tetapi memulakan bisnes sambilan dari rumah nampak lebih santai. Anda banyak idea tetapi tidak satu pun yang benar-benar membuatkan anda mahu serius.
Satu rumah satu produk
Saya hanya ingin mengambil contoh terdekat di persekitaran saya sahaja. Sejak berpindah ke sini 3 tahun yang sudah, keakraban kejiranan di sini tidak dapat saya nafikan. Semenjak saya aktif pula dengan pasukan aerobik taman, maka hubungan makin mesra dan rapat.
Saya tidak keseorangan berstatus suri rumah, malah ramai juga teman-teman lain yang sudah bergelar suri rumah terdahulu daripada saya. Mereka tidaklah hanya diam sahaja di rumah, malah aktif pula melakukan pelbagai jualan sampingan walaupun berada di rumah.
Dari jualan tudung hinggalah kepada kuih muih. Antara produk yang ada perfume, kain sutera, karipap frozen, rawatan saraf, produk cosway, produk HPA, jualan langsung dan penjagaan anak-anak. Betapa banyak idea yang boleh kita pilih mengikut minat.
Kebanyakannya melakukan secara sambilan dan ianya salah satu cara untuk mendapatkan wang sampingan dan menggunakan masa lapang sebaiknya.
Satu individu satu produk
Cuba lihat persekitaran anda dan rutin harian. Begitu banyak pilihan idea bisnes yang boleh anda mulakan. Cuba fikirkan apa yang paling anda minat atau hobi yang anda gemar.
Anda gemar sekali membeli dan mengumpul koleksi cadar. Pelbagai corak dan gaya. Daripada cadar juga anda boleh dapatkan idea untuk menjual. Sudah ada juga agensi jualan langsung yang menjual cadar, jadi anda boleh menjadi agen jualan.
Sama ada jual kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan luaskan pasaran kepada pengguna lain dengan menjual secara online.
Begitu juga halnya dengan pakaian dewasa, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, kelengkapan ibadah dan pelbagai lagi.
Senaraikan apa jenis idea yang ada dalam perhatian dan tulis senarai tersebut sebelum anda memilih idea mana yang lebih menarik minat anda.
Kajian
Sebelum memulakan produk atau perkhidmatan anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Kajian boleh juga berupa mencuba dahulu secara suka-suka atau sambilan. Dalam kajian tersebut anda boleh mengenal pasti kelemahan dan kebaikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang akan anda tawarkan.
Kajian produk dan perkhidmatan membantu anda mengetahui kelemahan dan mampu membuat perancangan yang lebih sistematik.
Contohnya barang yang anda pos kepada kakak anda tidak sampai pada tempoh yang ditetapkan. Dari situ anda boleh menilai dan mencari syarikat penghantaran yang selamat dan sesuai.
Mula bertanyakan mereka yang sudah biasa berjinak dengan penghantaran secara pos. Bertanyakan tip dan idea untuk memberi keyakinan kepada pelanggan sistem jualan anda adalah selamat.
Sumber
Sumber barangan secara borong adalah salah satu perkara terpenting. Apabila kehabisan stok mudah untuk anda menyediakannya. Tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja. Anda perlu mencari beberapa sumber untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan jika kehabisan stok atau bekalan.
Pelanggan yang cerewet tidak suka mendengar istilah tiada stok. Gantikan ayat yang lebih wajar dengan memberitahu pelanggan, anda akan cuba mencari stok yang dingini dalam tempoh waktu tertentu.
Sekiranya tidak ada dan sememangnya habis, anda boleh mengantikan pilihan alternatif kepada pelanggan. Ini salah satu cara berhemah dan mengikat pelanggan untuk terus kekal menjadi pelanggan. Anda perlu jujur dengan pelanggan mengatakan stok sememangnya sudah habis dan ada pilihan baru yang tidak kurang juga kualiti.
Pelanggan
Siapa pelanggan sasaran, jika anda menjual lampin sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Jika menjual kain ela dan tudung sudah tentunya wanita bekerjaya atau suri rumah yang mempunyai kuasa wang.
Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian
Belajar Quran interaktif
Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Belajar Quran interaktif
Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran,
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.
Harga pakej RM120 akan berakhir 31 Disember 2012. Harga baru mulai 2013 adalah RM199, dapatkan segera daripada kami pengedar esklusif online. Tidak terdapat di kedai buku fizikal, dapatkan terus dari kami.
Belajar Quran interaktif
Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran,
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia
Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP, kami pengedar esklusif online. RM120, pos percuma, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia
Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP, kami pengedar esklusif online. RM120, pos percuma, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian
27 comments:
suka entry ini.
sekarang cuba cuba buat cookies dan kek untuk mengisi masa lapang dan menambah wang saku.
p/s
iye..saya ore pasir mas tendong.
suami pulak ore kemamang tganu
suka entry ni jugak. now tengah berjinak2 with handmade jewelries. it's started with me always buy jewelries to match with clothes & also for my daughter. satu hari entah naper tergerak hati nak cuba buat sendiri. tak susah rupanya. i am having fun with it now.
p/s: saye ore kulim, my other half ore mache, klate :)
Zarin
Moga sukses jadi pengusaha cookies dan kek yg berjaya
mana tahu lepas ni,, ada Zarin bakery..
ComeyBelako
kakak ipar saya org kulim, salam perkenalan,
harapnya duni siber dapt bertemu lbh ramai kawan dlm minat yg sama
memang suka entri macam ni.. give more idea to make money from home.
saya pun ada gak buat tuisyen dari rumah. jangan cakap le.. fisrt month, banyak duit gilertu!!!.. memang terpaksa jadi kaya.
pendek kata, memang parents cari lah tuisyen ni untuk anak. kalau anda siswazah menganggur nantikan e-book saya untuk rahsia terbesar ni.
Terpaksa jadi kaya! jika saudara atausaudari nak tahu lagi pasal benda ni, cuba pegi kat blog ni nak baca bebetul tuisyen apa yang bakal saudara boleh buat sementara nak menantikan buku saya tu diterbitkan (saya terbitkan buku sendiri, so.. memang murah lah!)
http://www.adikgenius.blogspot.com
salam perkenalan, suka entry macam ni. saya pon bercadang untuk berhenti kerja & menjadi seorang WAHM satu hari nanti, insya ALLAH!!
setuju sangat dengan apa yg ditulis oleh Mas... kenalpasti produk/barang yang hendak diniagakan, cari market dan tengok pasaranya macammana... org cakap test market. jika ok teruskan :D
salam..dah siapkan buku saya dan sudah diterbitkan..
pada sesiapa yang berminat nak buat tuisyen e-xra dari rumah sila layari www.buatduite-xra.blogspot.com
Insyallah, dapat dari a sampai z, semuanya dalam sebuah buku sahaja!..
salam. sy memang lama minat nak buat frozen food dari rumah. saya pun dah ada order atually. cuma sy tak berani nak start sebab takut tak boleh supply nanti orang marah. ada tak idea yg tak begitu 'committed' sebab sy pun nak ada masa kat rumah.
salam. sy dah lama nak buat business dari rumah tapi tak berani. actually dah ada order pun cuma nak commit tu takut takleh nak begerak pulak. sy pun nak ada masa kat rumah dgan keluarga. any advise...
assalamualaikum k.masayu..salam perkenalan
saya dah beli buku jana rm dari rumah dengan semgt nak wat bisnes online bekerja dr rumah...sy dh letih bekerja berjauhan dr keluarga, sebab tu saya nekad nak resign n wat bisnes online(produk dh ada, skrang sy wat bisnes offline tuk test market,smbutan menggalakkan).tapibab resign ni sy jd fikir byk kali sikit...sy keja kerajaan n mesti bila nk resign famili (kakak n sedara) byk yang tak bagi..tapi suami galakkan...sy stress jg skrang ni..apa pndgan k.ayu?pengalaman k.ayu berhenti keja mcm mana??
Selamat Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Jika diberi peluang, mahukah anda menjadi network yang terawal didalam bisnes Amway sebagai bisnes MLM yang terbesar dan kukuh didunia?? Saya pasti ramai 'business builder' atau 'network builder' dan mereka yang otak bisnes menyedari hakikat bahawa menjadi antara pioneer yang terawal mendapat manfaat yang lebih selaku perintis kepada sesebuah perniagaan. Di mana-mana perniagaan samada konvensional atau internet based atau MLM, akan adanya ahli/orang/perintis yang terawal. Itu menjadi lumrah. Jika kita bekerja biasa yang mempunyai bos selaku CEO, bos itu dianggap sebagai perintis terawal didalam sesuatu perniagaan.
Saya ingin memperkenalkan kepada anda semua bisnes MLM terbaru yang bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2011.
Aviance International disokong oleh Unilever kini di peringkat 'Blue Print' dan ia adalah masa terbaik untuk para 'network marketers' dan 'business builder' join sekarang ini. Peluang sebegini jarang sekali dihadapkan didepan mata anda. Ianya seolah peluang untuk menjadi ahli 001 pada hari yang pertama di syarikat MLM terkemuka iaitu Amway.
Ia umpama menabur benih di Malaysia dan manfaat keuntungannya akan berlimpah di kemudian hari. Aviance, berlandaskan produk berkualiti oleh Unilever. Kategori produk termasuk kecantikan, kesihatan, penjagaaan peribadi, penjagaan rambut dan keperluan rumah tangga.
Unilever atau nama lamanya Lever Brothers adalah pengilang dan pembekal dunia dalam barangan seharian dengan jualan melebihi USD 55 billion pada tahun 2009. Sehingga hari ini Unilever telah mengilang lebih 400 jenama produk termasuk makanan, kesihatan, penjagaan diri dan keperluan rumah.
Aviance, produk premium Unilever telah beroperasi selama 10 tahun di Thailand dan India. Kini Aviance mempunyai perancangan untuk memperluaskan dan masuk ke pasaran Asia dalam masa 5 tahun akan datang. Malaysia merupakan destinasi pertama. Pelancaran rasmi akan diadakan pada Oktober 2011 dan soft launch akan diadakan pada June 2001.
Daftar untuk jadi yang terawal. Pendaftaran adalah percuma.
>>> www.unidsys.com/icakz
Cara mendaftar:
1) Klik pada tab 'Sign Up'
2) Isikan maklumat penaja :
- Telefon Penaja: 0133393009
- Poskod Penaja: 47300
- Tarikh Lahir Penaja: 2510
3) Klik Daftar dan isikan maklumat anda.
Aviance sekrg didalam peringkat 'blue print'. Pembinaan pejabat dan kemasukan produk sedang didalam proses. Pada peringkat ini, kita hanya perlu promosi peluang. Mereka yang mendaftar akan dijemput ke majlis pelancaran nanti. Perjumpaan untuk seminar dan training akan diadakan selepas tarikh pelancaran Oktober 2011 ini. Soft launch akan diadakan pada June 2011. Maklumat lanjut akan dihantar melalui email. Upline saya merupakan seorang ahli perniagaan dan upline kepada upline saya adalah millionaire top leader di Thailand...
Jumpa anda di puncak kejayaan..!!!
Terima kasih. Dunia sekarang terpaksa kerja lebih masa. Kalau nak buat kerja luar mungkin bertambah penat.
Baik jual barang online. Kurang letih sedikit
Salam. Tahniah Puan Admin sbb sudi berkongsi tips dan petua mengenai bekerja dari rumah...sgt bermanfaat...bnyk perkara yg perlu diambil perhatian kalau nak bekerja dr rumah ni sbb kita sendirilah bosnya...
Just nak share satu idea...menjahit pun boleh menjana pendapatan lumayan...lagipun menjahit kan mmg sinonim dgn kewanitaan...tak perlu modal yg besar...just jahit satu jenis baju shj iaitu baju kurung biasa saja dah boleh jana pendapatan lumayan...kalau ada sesiapa yang berminat untuk memulakan bisnes menjahit, saya cadangkan belajar menjahit satu jenis baju dulu iaitu baju kurung biasa, jahit baju sendiri kemudian bolehlah ambil upah menjahit baju jiran2 & sedara mara...
Ni kelas menjahit di KL/ Selangor yang saya tau:
==>Kelas Menjahit Baju Kurung 1
==>Kelas Menjahit Baju Kurung 2
Ni pulak panduan cara menjahit baju kurung yg lebih murah drpd menjahit. Ada juga diterangkan psl bisnes menjahit kat sini:
===>Panduan Menjahit Baju Kurung
Bagus artikel macam ni dan saya harapkan lebih banyak lagi tips dan trick yang akan akak kongsikan. Sebenarnya saya pun baru tengah bertatih nak memulakan bisnes online saya. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah untuk meramaikan pelanggan ke FB page/blog, buat blog yang simple tapi complete, cari supplier di Kelantan (kalau boleh la).. Ada apa2 cadangan mana saya nak rujuk?
klau berminat wat kek coklat dari rumah klok http://www.buatcoklat.com/index.php?ref=maddi
Terima ksih atas info yg dikongsikan..sy dah lama mnyimpan niat nk mulakan bisnes secara online ni..tp rse cm ilmu blm cukp..takot x dpt memenuhi permintaan pelanggan dan takot x dapat nk uruskan mase antara family n bisnes krn sy bekerja..di mane sy bleh dptkan tip2 dan panduan untuk menjadi peniaga yg bijak..skrg ni sy bru cube2 menulis blog..itu pn jrg dpt update..idea untuk blog pn msih brcampur aduk lg..harap dpt la belajar dr kwn2 di sini ye...
thanks berkongsi tips2 online bisnes....suka sgt2...saya pon baru mencuba bisnes online sambil mengisi masa lapang.... sayaluahkan.blogspot.com
thanks berkongsi tips2 online bisnes....suka sgt2...saya pon baru mencuba bisnes online sambil mengisi masa lapang.... sayaluahkan.blogspot.com
Salam,bisnes dirumah memang boleh mendatangkan hasil jika dilakukan bersungguh-sungguh..
Salam,saya amat suka dengan panduan2 yang dikongsi...saya juga ada sesuatu untuk dikongsi untuk semua..
saya pun baru je mulakan bisness online. Not Bad..
kalau nak Fellina Inch Loss dan Fellina Pure Collagen carikla saya ye.. :)
Salam...saya dha lama minat nak buat bisnes online nie..Tapi masalahnya saya tak tahu mcmn nak mulakan bisnes nie...bole tak kakak2 ajar saya mcmn nak mulakan bisnes online.
SOHO saya dah tau.. WAHM & SAHM Tu apa dia?
Proffads:
WAHM: working at home mom
SAHM: stay at home mom
Visit me at www.ayurashid.com
#good entry and tq for the great sharing!
Salam.. selamat berkenalan dari saya.
Saya baru je nak berjinak2 dalam bisness online ni.
Terima kasih sebab sudi berkongsi tips yang amat berguna ni ^^
nk tnya. kalau buat kek coklat dr rumah, maksudnye menjual secara online dan diposkan @ hanya blh dijual kpd pembeli di sekitar tempat tinggal shj?
perkongsian yang bermanfaat
Post a Comment