Wednesday, July 3, 2013

Rindu bertandang, Al fatihah buat arwah mek

Teks: Masayu Ahmad

Menyoroti sibuk seharian, rindu lama bertandang lagi. Allahu Allah, sangat rindukan arwah mek, alfatihah moga tenang di sana.

Setiap kali balik, telekung usang itu saya sarung. Tidak pernah jemu dan rindu. Seolah saya sedang bermanja, mengadu dan berkongsi apa sahaja. Senyum arwah sederhana sahaja. Teriakan kanak-kanak mengaji seolah bersahutan di kedai lama sebelah. Bersilih ganti dengan suara mek membetulkan bacaan. Ia sudah sejarah, namun sejarah yang tidak pernah padam. Tangan ini sempat memandikan arwah, mata ini juga mengiringi hingga ke liang lahat. Ramadhan bertandang lagi, rindu makin menebal. Al-Fatihah.



Aroma ramadhan bertandang lagi, ia mengembalikan momen bersama arwah mek, masakannya, layanannya, sahutan mengejutkan anak-anak bangun. Aroma ikan kerisi gemuk yang dibakar, aroma sayur lemak, aroma sup ayam kampung, ia menu tak dapat digambarkan. Kesedapan yang bersalut enak kasih sayang. Ingatan juga suasana tarawikh dan moreh di bala soh (surau). Tergambar juga susana balik dari surau, enak menikmati colek pelbagai buah.

Indahnya zaman kanak-kanak. Air batu hanya 20 sen beli di kedai wan hasan. Ketulan ais panjang, dibelah dua, atau harganya 50 sen. Sedapnya cendol yang diadun enak bersama kelapa mudah. Semua ini kenangan terindah. Kita mernikmati momen ini dan melekat hingga dewasa. Sungguh hebat ciptaan Allah, tayangan filem pendek yang kita boleh putar bila kita mahu, kita terbayang seolah ada skrin di depan mata

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin