Teks: Masayu Ahmad
Alhadulillah, selesai kita puasa hari pertama. Hakim berjaya juga melepasi dengan baik, Aiman dan Arif yang yok lagi.
Semalam saya bawa Hakim ke pasar mulong, ramainya orang. Saya bukanlah jenis yang membeli sangat, hanya larikan Hakim yang semakin tunjuk muka longlai. Tanya dia mahu apa, ibu belika air soya buat bagi semangat. Beli juga akok kedut, kerabu perut dan juga tembikai merah. Alhamdulillah.
Masakan semalam sederhana sahaja, daging goreng kunyit dan ikan bakar dan pencicah. Mudah dan tidak banyak yang berkuah. Periuk belanga juga mudah dicuci.
Sahur hari ini juga saya masakkan ikan cencanru pemanggang ajaib, panaskan sahaja daging yang dah siap goreng. Masak nasi, tembikai, dan teh o panas. Aiman berpagi lagi bangun temankan ibu di dapur jam 4 pagi. Mertua juga nampaknya lebih sihat berbanding bulan puasa tahun sudah. Nasi pun habis dimakan, begitu juga ayah mertua. Mungkin juga meriah dengan tiga beradik ini Hakim, Arif dan Aiman.
Arif dan Aiman berselera makan nasi dan daging goreng. Selesai makan terus mandi dan teruja lagi mahu mengikut ayah ke masjid. Lepas pulang riang ria dua beradik ini pakai baju sekolah. Masya-Allah mudah sangat kerja saya, semua produktif hari ini, tak perlu lagi berangkut-angkut ke bilik air. Semua cerdas dan cergas. Hebatnya Ramadhan.
Ariss seperti biasa masih bergolek sakan.
Rancangnya hari ini, saya mahu menu simple juga, ayam percik dan kerabu kacang panjang. Mudah dan kering, sama macam semalam. Nak mengemas pun cepat.
Alhamdulillah atas segala nikmat.
No comments:
Post a Comment