Teks: Masayu Ahmad
mula rancang bekerja dari rumah dari sekarang www.janawangdirumah.com
Salam kasih sayang, salam 1 Ramadhan buat pembaca budiman. Nikmat pagi ini alhamdulillah, terasa sungguh tenang dan nyaman sekali. Hakim bangun bersahur, Aiman dan Arif belum berjaya.
Selama Aiman dan Arif ikut en.suami ke masjid. Lepas balik, Aiman datang peluk dan menangis teresak-esak. Ingatkan apa rupanya sangat penat. Arif alhamdulillah boleh ikut dengan baik. Tapi pagi ini tak sahur pulak. Kami tidaklah paksa anak ke masjid, dua orang ini super gembira mahu mengikut ayah sebagaimana biasa. Agaknya Aiman kepenatan solat perlu banyak. Jadi balik dah keletihan.
Ibu buatkan milo panas super sedap buat Aiman dan suapkan nasi ayam goreng. Alhamdulillah lepas tu dah melompat-lompat semula.
Itulah kenangan malam Ramadhan terawikh pertama buat Aiman dan Arif.
Pagi ini sahur enak bangat mertua buatkan singgang daging dan daging goreng ala mertua. Kenapa ala metua, kerana dia masukkan air asam jawa, rasanya sangat lain dan sedap sangat. Tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Daging goreng, daging singgang dan ikan tenggiri, tembikai merah dan teh o panas. Alhamdulillah atas nikmat Allah. Nampaknya tahun ke tiga saya dapat berpuasa dan berbuka bersama mereka.
Pagi ini juga dalam kesibukan saya mahu pulang menjemput ayah, sebagaimana tahun sudah saya dan kakak bergilir untuk menu juadah. Alhamdullah kakak sukarela memulakan sesi minggu pertama, kemudian saya, dan begitulah seterusnya. Moga ada kesempatan buat kami bersama ayah menyambut Ramadhan penuh barakah ini.
Hari ini tenaga luar biasa juga, dengan kesibukan siang hari saya juga akan guna ruang sepenuhnya sasaran 6 ebook/buku hingga 10 manuskrip pada bulan ini, insya-Allah. Bulan Ramadhan produktifnya memang luar biasa.
No comments:
Post a Comment